Ketika saya menaip ini, saya duduk di sebelah mama saya yang terlantar di hospital. Ini, hospital yang keempat kami kunjungi. Sudah lebih setahun, mama saya diuji dengan kesakitan yang kompleks. Sehingga sekarang, kami masih belum ketemu ikhtiar yang benar-benar membuahkan hasil.
Ada yang tanya saya kenapa saya kurang aktif di social media sejak tahun lalu. Kini, saya akan jawab. Bukanlah saya tak nak ceritakan semua ini awal-awal tau? Cuma saya fikir, banyak lagi hal yang perlukan perhatian kalian terutamanya isu penghapusan etnik di Palestine sekarang dan lain-lain. Maka, cukuplah saya muncul sekali-sekala di media sosial.
Tetapi memandangkan hal yang saya lalui ini semakin berpanjangan, saya kira ada baiknya saya ceritakan sedikit kepada kalian agar kalian faham serba sedikit kerana ini melibatkan sisi hidup saya sebagai Teme Abdullah juga. Maka ia melibatkan kalian juga.
Jika saya kurang aktif di social media, mahupun kurang menulis atau berhenti menulis seketika selepas ini, sekurang-kurangnya kalian boleh tahu sebabnya. Maka takda lah kalian rasa saya sengaja menghilang atau mengabaikan tanggungjawab sebagai pengkarya. Saya tak terlintas pun nak sombong-sombong dengan kalian tau? Meh saya ceritakan.
Begini. Bermula tahun lalu, mama saya sakit. Sakit yang berkaitan saraf dan otak. Mama kehilangan 20kg dalam tempoh kurang 2 bulan. Mama saya menjadi kurus yang teramat kurus.
Sejak tahun lalu, kami berikhtiar mencari penawar bagi penderitaan mama. Satu hospital demi satu hospital. Satu doktor pakar ke satu doktor pakar. Tidak kurang juga rawatan alternatif. Saya sendiri telah berkali-kali bercuti daripada segala yang saya lakukan pada ketika itu semata-mata untuk menemani mama saya di hospital. Secara total, berbulan-bulan saya di hospital menemani dan menguruskan mama saya.
Alhamdulillah, akhir tahun lalu, mama saya beransur pulih. Ketika itu saya belum tahu, Allah hanya pinjamkan pulih itu seketika sahaja. Maka saya pun terbang semula ke United Kingdom. Bukan itu sahaja, Allah bantu saya untuk menyiapkan novel terkini saya iaitu Bayang Sofea (2024) dalam tempoh yang amat singkat! Rezeki. Mama sihat, sampai saya boleh berbincang-bincang dengan mama mengenai novel yang saya sedang tulis pada ketika itu.
Ketika mama sakit, saya ingatkan, sudah tidak ada buku baharu daripada saya untuk tahun 2024. Ketika mula-mula menjaga mama di hospital, saya ada juga terfikir, “Hmmm.. alang-alang duduk kat hospital ni, alang-alang tak sibuk dengan urusan lain ni, bolehlah aku menulis.” Tetapi tidak. Apabila saya sibuk dengan laptop saya, mama saya akan cuba untuk tidak menganggu saya. Maka disebabkan itu, saya memutuskan untuk meninggalkan segalanya dan fokus 100% pada mama saya. Makan, saya suapkan. Baju, saya pakaikan. Hari-hari saya penuh dengan perbualan dengan mama, dan berbakti pada mama.
Dipendekkan cerita, saya kembali ke Malaysia untuk Meet & Greet 2024. Saat itulah, mama saya sakit semula. Bukan setakat dengan gejala-gejala terdahulu, mama juga menunjukkan simptom kesakitan yang baharu. Sakit yang lebih serius. Mama dimasukkan semula ke hospital.
Selepas Meet & Greet 2024, sekejap sahaja saya terbang ke luar negara. Saya pulang semula untuk kembali menjaga ibu saya. Kami mula mengesan perubahan baharu pada mama. Kesakitan yang mama alami semakin ‘unik’. Terlalu pantas ia semakin menyulit dan teruk. Bermacam-macam pakar kami rujuk. Bermacam-macam hospital kami kunjungi. Bermacam-macam ujian sudah doktor lakukan. Namun setakat ini, masih belum diketemukan dengan jawapannya.
Kini, mama dirawat di hospital yang keempat.
Doktor-doktor sudah melakukan yang terbaik. Usaha kami berubat secara alternatif juga selari dengan ikhtiar berubat secara kontemporari. Tetapi belum lagi kami temui apakah punca yang sebenarnya. Apatah lagi untuk ketemukan dengan penawarnya.
Setiap diagnosis, akhirnya akan bercambah menjadi penyakit baru yang lain yang semakin serius. Doktor kata, kesan rawatan kali ini akan boleh dilihat setelah beberapa bulan. Sama ada positif, tiada perubahan, atau semakin teruk. InsyaAllah saya yakin, ini semua telah disusun dengan baik oleh Allah buat kami.
Saya bukan nak buat kalian risau tau! Bukan nak minta kalian turut susah hati. Jauh sekali untuk memohon simpati. Tidak langsung untuk menyibukkan kalian dengan ‘perkembangan’ saya yang terkini. Saya hanya ingin sekurang-kurangnya berinteraksi dengan kalian sebagai penghargaan atas kehadiran kalian dalam hidup saya selama ini.
Jika ada yang saya ingin minta, saya hanya ingin memohon kalian turut mendoakan juga. Doakan kesembuhan mama saya, jika itu yang terbaik untuknya. Doakan kami sekeluarga kuat untuk bersama-sama dengan mama di saat ini. Doakan amal bakti kita semua diredai Allah.
Dalam masa yang sama juga saya ingin memohon maaf kepada kalian. Jika tahun hadapan tidak ada buku atau apa-apa karya baharu daripada saya, maka kalian tahu apa sebabnya. Kalau diberi rezeki menulis lagi, maka ada lah buku daripada saya.
Karya (buku) seterusnya.
InsyaAllah, saya akan cuba juga untuk berkarya. Alhamdulillah, idea saya masih banyak. Namun sejujurnya, dalam keadaan sekarang, agak sukar untuk saya menulis macam biasa. Soal tenaga dan berbahagi masa antara tanggungjawab itu satu perkara. Tetapi yang paling memberi kesan kepada saya ialah fokus. Otak saya tidak sebegitu lapang untuk menulis. Apatah lagi untuk fokus.
Di sesi Meet & Greet 2024 beberapa bulan lalu, saya banyak menerima pesanan face to face daripada para pembaca supaya saya cepat-cepat siapkan sambungan Empayar. Saya banyak juga memberi assurance yang saya akan terus utamakan sambungan Empayar selepas ini. Saya akan cuba sehabis baik. Malah ia kedengaran hampir seperti sebuah janji.
Namun nampaknya, tahun ini juga saya belum berjaya. Minda saya tidak lapang untuk menyelami dunia Empayar dalam keadaan sekarang. Impian saya besar untuk Siri Empayar. Maka, untuk menulis Empayar, saya perlukan masa dan fokus yang luar biasa. Dan hal itu tidak boleh saya lakukan sekarang. Saya akan menzalimi karya tersebut dan menzalimi kalian sebagai pembaca jika saya paksa juga diri saya untuk menulis sambungan Empayar untuk tahun hadapan.
Disebabkan itu, saya akan dahulukan judul yang boleh saya tulis skrg. Judul yang ringan-ringan je macam Bayang Sofea. Judul apa kali ni? Saya pun belum pasti. Saya juga mengharapkan rezeki dan ilham oleh Allah.
Saya akan gunakan situasi saya, bagi memanipulasikan minda saya untuk fokus. Saya dah gunakan kaedah ini sebelum ni. Sebab itulah tahun lalu, cerita Bayang Sofea banyak berkaitan otak. Malah, jika kalian perhatikan, Book Badge buat pembeli terawal Bayang Sofea pun adalah gambaran roti dan nasi yang digabungkan sehingga menampakkan imej otak, kerana ibu saya mengalami kesakitan berkaitan dengan otak. Itu sahaja cara saya trick minda saya untuk menulis; iaitu dengan menulis hal yang berkaitan dengan mama.
Untuk kali ni, saya nak minta izin kalian untuk saya gunakan trick yang sama. Boleh? Maka, besar kemungkinan buku seterusnya buat tahun 2025 ini pun berkaitan dengan otak juga. Entahlah… Sejujurnya, saya pun tak tahu. Jika ada buku tahun hadapan, maka itu rezeki Allah. Jika tidak ada, itu juga rezeki Allah.
Saya akan cuba!
Sekali lagi saya mohon maaf kerana tidak boleh keluarkan sambungan Empayar untuk tahun hadapan (2025). Terutamanya buat para pembaca yang menganggap saya sudah berjanji. Sungguh, saya dah cuba yang terbaik.
Walaupun tahun hadapan masih belum ada sambungan Empayar, percayalah, judul-judul yang kedengaran ‘random’ yang saya tulis seperti Bayang Sofea, Selamat Tinggal Purnama, Kapal Terakhir Di Dunia, semua itu akhirnya akan menjadi bonus untuk kalian bagi memahami dengan lebih terperinci akan apa yang berlaku (dan telah berlaku) dalam Empayar. InsyaAllah, walaupun semuanya boleh dibaca sebagai buku stand-alone, semuanya saling memberi maklumat bonus untuk satu sama lain.
Okay. Rasanya itu sahaja update saya. Terima kasih kerana sudi baca sehingga sini! Terima kasih kerana sudi mendoakan. You’re the best!
Again… serious serious…. doakan saya please? π₯Ήπ
Semoga Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat bonda Teme Abdullah..Teme juga jaga kesihatan.
ReplyDeletesyafakillah teme's mama
ReplyDeleteMoga mama Teme diberikan kesembuhan dan urusan Teme sentiasa dimudahkan π«Άπ»
ReplyDeleteSaya doakan ibu teme pulih dari sakitnya. Saya tahu sakit ini tk akan hilang secepat itu sahaja..yg mampu kita ikhtiar adalah agar pulih. Saya doakan semua urusan teme dan sekeluarga di permudahkan. Kami Paham jika teme tidak aktif MCM biasa dalam dunia penulisan mahupun media sosial
ReplyDeleteTEMEEEEEEEEEEE KUUUUU! apa khabar disana?
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme. Pertama sekali Teme terima kasih sangat untuk memberitahu tentang update Siri Empayar walaupun Teme tak perlu pun update kerana sebagai pembaca karya Teme kami boleh menunggu dengan sabar. Everything has its own time lane, Teme nak publish bila pun itu hak Teme sebagai penulis dan when one day Teme rasa tak nak publish pun hak Teme jugak. We respect your decision.
ReplyDeleteYang kedua, semoga Mama Teme diberikan syifa yang segera dan dipermudahkan segala urusan serta Teme dan keluarga tabah. Saya berharap Teme diberikan kekuataan dan kesabaran untuk jaga Mama sebab bila ibu atau bapa kita yang tidak sihat lain perit dia. In sha Allah kita doa sama-sama.
Semoga teme dan keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan kesihatan yang baik. Semoga mama teme diberikan kesihatan yang baik dan Allah memberikan jalan penyembuhan yang terbaik. Kita semua sentiasa ada untuk Teme, kuatkan semangat!
ReplyDeletesaya doakan mama teme diberikan kesembuhan Allah swt & semoga keluarga teme tabah menghadapi ujian.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Doa saya, semoga dipermudahkan semua urusan Teme sekeluarga...Di sini mendoakan kesembuhan dan yang baik-baik sahaja buat mama Teme dan keluarga. Ambillah masa untuk menulis, jangan risau, kami para pembaca akan setia menunggu dan menyokong. Kalau dapat kami baca karya Teme yang seterusnya, itu adalah rezeki kami. Kalau tidak pun itu juga rezeki kami. Allah tahu apa yang terbaik. Fokuslan apa yang perlu dan patut. Teruskan semangat!
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan teme dan keluarga, moga mama cepat sembuh seperti biasa, soal karya tu takpe kami semua faham keadaan teme sekarang, terima kasih jugak sebab sudi berkongsi dengan kami, moga teme and keluarga kuat selalu ye, doa kami sentiasa mengiringi , selamat tahun baru & syafakillah buat mama ❤️
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme, hope teme sihat walafiat & saya doakan mama Teme cepat sembuh seperti sediakala.. Tak apa teme, u jaga diri & your mama first.. Kami pembaca/peminat teme faham situation teme skrg.. Semoga yg baik2 saja untuk Teme & family, be strong! You can handle this, insyaallah ❤️
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kesembuhan kepada mama teme dan d permudahkan sgala urusan teme sekeluarga dunia dan akhirat. Aamiin ❤️
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan mama teme & teme sekeluarga. Allah takkan uji melebihi kemampuan hambaNya❤️
ReplyDeleteThank you Teme for being thoughtful to your reader by updating abt your personal condition. We really appreciate it so so soooooo muccchhh. Semoga Teme sekeluarga cekal menempuhi ujian waktu ini. To mama Temeπ₯Ί jgn sedih-sedih ya, saya percaya Allah ad brsama mrk yg diuji. Have faith to Him, and everything is gonna be okay.
ReplyDeletesemoga teme dan keluarga dipermudahkan dalam setiap urusan. Semoga allah sembuhkan penyakit mama teme. Teme be stronggg okayy. Semoga mama teme tetap kuattt and semangatt!!
ReplyDeletemoga urusan teme dimudahkan oleh Allah. semoga Allah beri kesembuhan pada mama teme π€²
ReplyDeleteDalam beratus ribu peminat Teme, ramai yang mendoakan Teme. Doakan kami juga tau. Ujian tanda Allah sayang❤️
ReplyDeleteHi Teme. It's me yg 1 family dtg with my disleksia doter di TRX. Ada pic n vid kami di IG n TT Teme if u still remember. Apa yg akak nak cakap pada Teme ialah semoga kuat semangat untuk mama Teme. Semoga mama Teme mendapat kesembuhan. Apa yg berlaku adalah ketentuan dan takdir dari Allah. Kita berusaha tapi Allah yang menentukan. Mama Teme pasti tahunyang Teme dah buat yg terbaik sebagai anaknya. Its ok jika Teme nak tarik handbrake bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada mama Teme. Kami faham. Semoga yg baik2 sahaja utk Teme sekeluarga.
ReplyDeletePrayers for you Teme and especially for your mother. Inshallah you will get through this. Hope aunty get well soon. Stay strong.
ReplyDeleteget well soon teme's mama
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesembuhan buat mama teme dan dipermudahkan urusan teme sekeluarga. Jangan risau pasal kami pembaca. Take your time, take care of your mama and yourself. InsyaAllah we'll still be here when you come back.
ReplyDeleteSatu je nak cakap. Stay strong okayππ»InsyaAllah semua yang terjadi itu ada hikmah. Jangan lupa tau, itu bermaksud Allah sayang sangat dkt teme and family temeπ©΅
ReplyDeleteAssalammualaikum Teme, tidak mengapa teme. Kami sebagai pembaca karya teme sentiasa akan menyokong teme ketika teme di atas mahupun tidak. Semoga ibu teme diberikan kesembuhan dan kesihatan yang membaik in sha Allah. Buat teme, jaga diri baik baik dan semoga teme sentiasa kuat dalam mengharungi ujian ini. Stay strong teme
ReplyDeleteSyafakillah buat mama Teme. semoga mama Teme kuat harungi ujian ini begitu juga dengan Teme dan keluarga Teme. semoga kesabaran dan kekuatan Teme dan keluarga menjadi asbab untuk mama Teme kembali pulih. semoga mama Teme dipermudahkan segala urusannya. semoga Teme dan ahli keluarga tabah dengan ujian yang diberi. saya doakan mama Teme cepat sembuh dan dapat menikmati nikmat sihat seperti sebelum ini. aamiinn ya rabb.
ReplyDeletekepada Teme, jangan risau kami faham je kalau Teme tak dapat terbitkan buku baharu untuk tahun depan. Teme tak perlu terlalu risau fikir tentang kami. jawapan Teme tentang kenapa Teme dah lama tak aktif di socmed pun cukup buat kami bersyukur. Teme nak terbit buku bila pun kami tak kesah. itu hak Teme. kami faham Teme perlu utamakan mama Teme dahulu. kami sebagai pembaca hormat keputusan Teme.
apapun saya doakan Teme tetap kuat dengan semua ini. kuatkan semangat !
Semoga urusan Teme sekeluarga dipermudahkan.. Saya pernah berada di situasi ni 5 tahun lepas.. 8 tahun Ayah sakit sebelum menghadap ilahi.. Semoga Allah swt memberi kesembuhan untuk Mama Teme seperti sedia kala.. Kami okay, semua faham akan keadaan Teme sekarang.. And kami faham Teme kena fokus untuk jaga mama.. Semoga Teme sekeluarga kuat untuk tempuhi ujian ni.. Setiap yang berlaku ni ada hikmahnya.. Doa kami sentiasa mengiringi..
ReplyDeleteSyafakillah buat mama Teme. semoga mama Teme kuat harungi ujian ini begitu juga dengan Teme dan keluarga Teme. semoga kesabaran dan kekuatan Teme dan keluarga menjadi asbab untuk mama Teme kembali pulih. semoga mama Teme dipermudahkan segala urusannya. semoga Teme dan ahli keluarga tabah dengan ujian yang diberi. saya doakan mama Teme cepat sembuh dan dapat menikmati nikmat sihat seperti sebelum ini. aamiinn ya rabb.
ReplyDeletekepada Teme, jangan risau kami faham je kalau Teme tak dapat terbitkan buku baharu untuk tahun depan. Teme tak perlu terlalu risau fikir tentang kami. jawapan Teme tentang kenapa Teme dah lama tak aktif di socmed pun cukup buat kami bersyukur. Teme nak terbit buku bila pun kami tak kesah. itu hak Teme. kami faham Teme perlu utamakan mama Teme dahulu. kami sebagai pembaca hormat keputusan Teme.
apapun saya doakan Teme tetap kuat dengan semua ini. kuatkan semangat !
Moga Allah permudahkan urusan Teme sekeluarga dan angkat sakit yg ada dkt your mother dan gantikan dgn kebaikan
ReplyDeleteAssalamualaikum teme! ππ»
ReplyDeleteSaya doakan mama teme diberi kesembuhan, tiada yang mustahil jika Dia berkehendak. Semoga dipermudahkan segala urusan teme dan keluarga. Jaga makan, jangan lupa rehat yang cukup. Nanti gastrik!! Kirim salam mama okay π
- peminat teme sejak 2016
saya doakan semoga semua urusan mama teme dan sekeluarga dipermudahkan. Aamin. tentang buku tu, teme jangan risau. kami as readers faham je. tak perlu risau bila buku tu siap. saya sebagai peminat tegar siri empayar, saya nak cakap yang even empayar keluar 5 tahun akan datang pun saya sanggup tunggu. jadinya, teme tak perlu risau pasal buku mana nak keluarkan dulu. Just fokus jaga mama teme dulu. tulis² buku ni anggap je side quests or exercise tangan masa teme betul² free atau rasa rindu je nak menulis. tau? ok lagi satu, selamat tahun baru teme ✨ semoga ada sinar dan hikmah disebalik apa yang teme dan sekeluarga hadapi sekarang ni π»
ReplyDeleteBismillah, hi teme
ReplyDeleteSemoga Allah SWT lapangkan hati teme dan angkat segala penyakit ibu dan semua beban yg ditanggung. Ujian adalah tanda kasih sayang & cinta Allah kpd hambaNya yg terpilih. Semoga terus bersemangat!
Semoga mama teme segera sembuh aamiin terus kuat teme. Allah uji kerana Allah sayang..
ReplyDeleteAssalamualaikum teme.. sy mungkin pembaca anda yg dh lama tak timbul dan membeli karya kali terakhir mungkin hanya empayar … namun masih mengikut karya anda di insta … semoga yg baik2 untuk setubuh teme dan allah kurniakan kesembuhan buat mama kesygan teme .. kerana kehilangan adalah sesuatu yg berat maka melihat penulisan blog teme kali ini membuatkan orang lain bakal sedar .. bahawa keluarga adalah orang yg begitu penting dlm kehidupan seorang manusia.. dan sya yakin pembaca serta peminta teme pasti mengharap yg terbaik bgi penulis kesygan mereka .. semoga teme terus semangt dan berkarya dan baik2 saja dalam lindungan Allah π€²πΌ
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan Teme Abdullah. Amin.
ReplyDeleteSyafakillah ibu Teme, doa saya buat Teme dan family semoga semua baik baik saja dan dipermudahkan segala urusan, semoga Teme dan family memperoleh ganjaran daripada segala ujian yang dihadapi. Stay qowiy Teme Amin Ya Rabb. Thankyou update life, saya setia menunggu next karya Teme, saya dah comment dekat ig dan kat twitter jugakkk π₯Ήπ₯Ή
ReplyDeleteInsya Allah, semoga Ψ§ΩΩΩ kurniakan kesembuhan buat mama teme, sihat seperti sedia kala malah keadaannya yg jauh lebih baik aamiinπ€² semoga Ψ§ΩΩΩ berikan teme kesabaran, ketabahan dan juga kekuatan untk menempuh ujian tanda kasihnya DIA kpd teme, cintanya kpd insan yg diuji, ΩΨ§ ΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩ ΩΩΨ³Ψ§ Ψ₯ΩΨ§ ΩΨ³ΨΉΩΨ§, selamat berbakti buat mama tercinta, sungguh cinta ibu bapa dan pengorbanan mereka tiada tandingan dngn apa-apa, hanya doa yg mampu dititipkn, urusan buku kami faham, everyone have their own matter to prioritize right?, kami akan sentiasa tunggu! In fact, kami blehh baca bku ii teme yg sedia ada untk bbrapa kali lg, never bored to repeatπ₯Ί
ReplyDeleteSemoga Allah SWT permudahkan segala urusan Teme sekeluarga dan dikurniakan kesembuhan utk Mama Teme.. Insya Allah..Aamiin π€²
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kesembuhan dan kekuatan buat mama Teme.. Semoga Teme sekeluarga juga kuat dgn ujian ni.. Kalau penat, berehat.. don't overwork yourself.. Semoga semuanya di bwh lindungan Allah.. Stay strong. πͺπΉ
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan , buat mama teme smoga diangkat segala kesakitan lalu dikurniakan kesihatan yang baik dan berkah, dipanjangkan umur, sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah selalu aamin2
ReplyDeleteTo Teme: Syafakillah ibu Temeπ₯Ί Saya doakan Teme dan Family sentiasa diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan diberikan ganjaran melimpah ruah. Amin amin ya rabb. Thankyou sebab update life, nanti update banyak- banyak lagi tauuuu, saya suka baca update Teme. Sokayyy, saya setia menunggu karya Teme walauseberapa lama pun, inshallah semoga diberikan rezeki untuk tulis karya lagi. Saya tak pernah tulis surat pepanjang kat org macam ni, tapi demimu Temeπ₯Ήπ₯Ή semoga baik baik jee
ReplyDeleteSemoga Allah angkat segala penyakit buat mama Teme dan sekeluarga. Semoga segala urusan Teme sekeluarga dipermudahkan. Amin ya rab alamin..π€²π€²
ReplyDeleteIts okay to have ur own time with mama n family first.. thank you jugak sudi share ur journey. Im sure its not easy for u to share bout mama. InsyaAllah we always stand behind u Teme.. semoga mama diberikan kesembuhan, sihat dan kuat. U too Teme.. stay strong and u can go through this.
ReplyDeleteπ¦Ύπ¦Ύπ¦Ύ semoga kuat semangat!
ReplyDeleteSalam Teme. Moga teme kuat mhadapi segala ujian & rintangan yg ada. Moga Allah beri sebaik2 kesembuhan buat mama teme & beliau pulih sepenuhnya. Speedy recovery buat mama teme. Aamiinn π€²π€²
ReplyDeleteHai Teme. Saya doakan segala urusan yg dirancang oleh Teme berjalan lancar dan saya doakan agar Allah memberi kesembuhan kepada ibu Teme. Terima kasih kerana telah berikan kami karya yang menarik. Teruskan berkarya ya Teme. Cepat atau lambat karya yg Teme keluarkan, saya sanggup tunggu. Semoga sihat selalu Teme.
ReplyDeleteSemoga semua urusan Teme Dan Family dipermudahkan. Semoga kesihatan yang baik diberikan untuk mama Teme..πͺ»
ReplyDeleteSemoga ibu teme diberi kesembuhan dan teme diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan menjalani hari-harinya.
ReplyDeleteSemoga Allah beri kesembuhan buat mama Teme dan dikuatkan semangat untuk melawan kesakitan.
ReplyDeleteTahun ni pun saya banyak berulang alik ke hospital, sebagai pelawat dan sebagai penjaga juga. Sedih bila kita tengok orang yang kita sayang terlantar atas katil, tiada kudrat dan berperang dengan rasa sakit. Kadang2 kita sebagai penjaga pun tak terurus kan? so saya harap Teme pon jaga diri.
dan setiap hari saya ingatkan satu benda kat diri saya.
Allah itu Maha Menyembuhkan segala penyakit.
Allah itu Maha Berkuasa untuk menyembuhkan apa-apa sahaja penyakit tak kira masa dan tempat, jadi saya harap Teme sentiasa meletakkan pengharapan kepadaNya and have faith in Allah. Insya Allah, ada sinar kesembuhan buat orang-orang yang kita sayang.
Yang kuat ya kak Teme dan Ibu.. Allah tidak menguji hambanya di luar batas kemampuan.
ReplyDeleteSemoga ibu segera sehat lagi ya kak, semoga lekas diberikan kesembuhan dan jalan menuju sembuh. Semangat ya kak, semoga dipermudah segala sesuatunya.. Aamiin Ya Rabbal Alamin
syafakillah untuk mama teme
ReplyDeleteKami semua akan terus doakan yang terbaik untuk Teme & keluarga. Moga mama Teme diberi kesembuhan & diangkat kesakitannya. Moga urusan Teme sekeluarga dipermudahkan. Moga Teme & keluarga diberi ketenangan ketika hadapi dugaan. insya-Allah setiap apa yang berlaku ada hikmah nya. Kita percaya pada qada' & qadar Allah. All the best for Teme. Fokus pada keutamaan Teme sekarang ni. FIGHTING!! π€
ReplyDeleteits okay teme!! apa2 buku pun and even kalau teme tak dapat keluarkan buku next year to focus on your mom pun its totally fine saya setia menunggu!! thanks for giving us updates. moga Allah kurniakan kesembuhan buat mama teme. saya doakan yang baik2 sahaja untuk teme sekeluarga. stay strong! π«Άπ»
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme,
ReplyDeleteSaya harap ketika Teme baca this comment, Teme dan sekeluarga dalam keadaan yang baik. Saya doakan semoga mama Teme diberikan kesembuhan oleh Allah dan cepat sihat seperti sediakala. InSha Allah ada penawar buat mama Teme. Yakin dengan Allah, semoga ada keajaiban buat mama Teme. Aamin.
Dan untuk Teme jangan lupa jaga diri and jaga kesihatan Teme tauuπ₯Ί Believe you can go through all of this. Teme, you are really really really strong!
Semoga Allah kurniakan kesihatan, kesejahteraan yang baik dan dipermudahkan segala urusan buat Teme , mama Teme dan sekeluarga.Aamin.πΉ
Thankyou Teme semoga awak sekeluarga dipermudahkan urusan okayy. Kami semua faham dont worry. Hope your mom get well soon. Stay Strong okayyy!!!
ReplyDeleteSemoga Allah memberikan syifa' buat mama teme. Moga Allah permudahkan segala urusan teme sekeluarga dan memberi kekuatan buat teme sekeluarga dalam menghadapi ujian ini. Sungguh besar kasih sayang Allah terhadap teme sekeluarga dan besar juga ganjaran pahala bagi hamba-hamba Nya yang bersabar atas ujian yang diberikan. It's okay kalau teme ambil masa atau hiatus seketika dalam karya penulisan. ada perkara yang lebih penting untuk teme fokus buat masa ini. berbakti lah buat mama, ayah dan keluarga teme selagi diberikan ruang dan kesempatan. Moga Allah redha dan limpahkan rahmat nya buat teme sekeluarga. Aaminn Ya Rab.
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme.
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusan keluarga dan diri Teme sendiri. Our prayers will stay by your side. Jangan putus semangat, appreciate every moment you have. Allah akan mudahkan segala urusan dan berikan ketenangan dari segi mental dan fizikal kamu dan keluarga. Take your time to come back stronger. You are a human too. Moga semangat, Teme. Allah kan ada. π€ Thank you for still thinking of us walaupun kamu berada di tahap yang menggegarkan lutut kamu, but it's never wrong of you to settle down. No need to apologise <3 Trust in Tahajjud and Hajat prayers. Thank you for being my inspiration to start sunnah prayers. Sejuk perut mama Teme mengandungkan kalian adik beradik. π₯° Moga syurga kamu beransur pulih dalam keredaan Allah <3
Syafakillah buat mama Teme. Moga Allah angkat segala rasa sakit mama Teme dan diberi kesembuhan yang segera dan berkekalan. Stay strong Teme sekeluargaπ€πͺπ»
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan teme sekeluarga.... Aminnnnn
ReplyDeleteΨ§Ψ³Ψ£Ω Ψ§ΩΩΩ Ψ§ΩΨΉΨΈΩΩ Ψ±Ψ¨ Ψ§ΩΨΉΨ±Ψ΄ Ψ§ΩΨΉΨΈΩΩ Ψ£Ω ΩΨ΄ΩΩΩΨ§
ReplyDeleteΨ΄ΩΨ§ΩΨ§ Ψ§ΩΩΩ Ψ΄ΩΨ§Ψ‘ًΨ§ ΨΉΨ§Ψ¬ΩΨ§ ΩΨ§ ΩΨΊΨ§Ψ―Ψ± Ψ³ΩΩ Ψ§
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati umur agar terus menyebarkan kebaikan.
Moga Allah sembuhkan mama teme, Dan moga teme sekeluarga tabah Dan sabar dlm tempuh ujian ni. Keep strong teme, Allah maha penyayang, maka bersabarlah dengan ujiannyaπͺ.jaga kesihatan teme jugak.ok.
ReplyDeleteKeberadaan di sisinya itu yang penting sekarang. Semoga diberi kesembuhan dan sentiasa dalam kebaikan.
ReplyDeleteAssalammualaikum Teme. Segala yg berlaku ada hikmahnya dan hanya Allah yg Maha Mengetahui. Semoga Allah kurniakan kesembuhan kpd ibu Teme dan juga kesabaran dan kesihatan yg baik pd keluarga Teme utk jaga ibu. Insya Allah.
ReplyDeleteSemoga Allah kurniakan Syifa' kesembuhan buat Mama Teme dan semoga juga Allah permudahkan segala urusan Teme sekeluarga. Maaf kami hanya mampu berdoa dari jauh.
ReplyDeleteSyafakillah kpd mana teme....semoga diberikan kesihatan ats penyakit yg diberikan dan moga teme sekeluarga tabah hadapi ujian yg Allah beri. Kpd teme sebgai seorg yg suka dan kagum dgn karya teme saya berharap agar teme fokus dulu kpd keluarga dulukmi akn sentiasa menunggu dgn sabar dan tak akn pertikaikn bila karya bru akn ad...jdi take your time we always behind you
ReplyDeleteSalam Teme, Sy percaya semua readers Teme sentiasa doakan yg baik2 buat Teme. Moga Allah kurniakan keafiatan dan kesembuhan buat mama Teme dan juga diri Teme. Take ur time fokus kepada urusan yg lebih penting dulu. Sy percaya semua peminat Teme bole faham dan setia menanti. ΩَΨ§ ΨَΩْΩَ ΩَΩَΨ§ ΩُΩَّΨ©َ Ψ₯ِΩَّΨ§ Ψ¨ِΩ±ΩΩَّٰΩِ
ReplyDeleteit's okay to take a break. it's okay to stop for a while. it's okay teme π₯Ίπ₯Ί just focus on your mom.take as much as moments you want with her..fighting πͺπͺπͺ
ReplyDeleteSemoga Mama Teme Abdullah diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan kesembuhan beliau, dikurangkan sakit beliau dan semoga Allah SWT memberikan Teme lebih banyak masa dan peluang untuk berbakti kepada mama Teme dan sesiapa sahaja yang Teme sayang dan kasihi...untuk bukunya, kami boleh tunggu selama mana masa yang Teme perlukan. Jangan risau Teme. Dahulukan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lagi penting dari yang penting...semoga dipermudahkan segala urusan Teme sekeluarga. Kirimkan salam kami untuk beliau yaππ»✨
ReplyDeleteAllahuakbar. Terkejut saya dengar. Saya baru je habis baca Bayang Sofea tadi. Teme, InsyaAllah, kita doakan ramai2 agar mama Teme kembali pulih seperti sediakala. Seperti mana Teme banyak kali ingatkan kami di dalam buku Teme tentang surah al-insyirah, “setiap kesusahan pasti ada kesenangan”, semoga kata2 peringatan ini berbalik semula kepada Teme sekeluarga. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga kesukaran yang dilalui ini disinari dengan cahaya daripada-Nya. Semoga mama Teme kembali sihat.
ReplyDeletemoga ujian yang teme hadapi akan ada jalan keluar in sha Allah. kami akn sentiasa doakan teme dan keluarga teme moga dipermudahkan segala urusan. Allah uji sbb Allah syg. π€
ReplyDeleteSemoga semua urusan dipermudahkan, semua kesedihan ditukar kepada kegembiraan. Family first, nanti-nanti boleh comeback. Believe that great things are ahead of you, take care. (¬‿¬)
ReplyDeleteAssalamualaikum Teme.
ReplyDeleteTerima kasih kerana mengambil masa untuk menjelaskan situasi Teme kepada semua pembaca. In sha Allah kami semua faham situasi Teme sekeluarga. In sha Allah kami doakan kesembuhan mama Teme. Apa-apapun, Teme saja yang tahu apa yang terbaik untuk diri Teme sekarang. Ya, kita akan sukar untuk berikan yang terbaik jika kesejahteraan mental dan fizikal kita terganggu. Jadi, buatlah apa yang Teme rasakan terbaik dan in sha Allah kami para pembaca menghormati keputusan Teme. Banyak lagi novel Teme yang saya masih belum baca. In sha Allah boleh buat bekalan sambil menanti karya baru Teme walau apa judul sekali pun.
Jaga diri Teme. Fi hifzillah.
Stay strong teme..Don't worry much. Kalau rindu penulisan teme kitorg ulang2 baca siri yang sebelum2 ni dulu esp siri jalanan π₯°
ReplyDeleteUtamakan mama dulu. Jangan lupa jaga diri teme jugak π
Assalamualaikum Teme.. Semoga Teme dalam keadaan baik-baik je sekarang walaupun saya tahu bukan mudah nak hadap semua ni. Saya faham apa yang Teme rasa sekarang sebab saya pon ada family yang sakit dah bertahun-tahun tapi sampai sekarang masih belum sembuh. Kadang tu rasa penat sangat dah nak ikhtiar tapi bila fikir balik orang yang sakit tu lagi penat nak lalui semua ni. Kita je lah yang jadi penguat dia. Saya percaya Teme kuat dan akan jadi lebih kuat untuk Mama Teme. Semoga urusan Teme dan family dipermudahkan dan semoga Mama Teme diberi kesembuhan.. Aamin Ya Rab.
ReplyDeleteSemoga dipermudakan semua urusan teme sekeluarga...
ReplyDeleteΨ§ΩΩΩُΩ ّΨ’ Ψ±Ψ¨ّΨ’ΩΨ’Ψ§Ψ―Ψ²Ψ‘ΩΩΨ¨ΩΩ Ψ¨Ψ§’Ψ³Ψ§ ΩΨ³ΩΩΩ Ψ§ΩΨͺΨ§Ψ³ΩΨ‘Ψ³ΩΨ§ΩΩ ΩΨ§ Ψ³ΩΩΩΨ§’Ψ§ ΩΩΩΩΨ§ Ψ³ΩΩΩΨ§’ΩΩΨ§ Ψ³ΩΩΩΨ’Ω ΩΨ§ ΩΩΨΉΩΨ§Ψ―ΩΨ±Ω Ψ³Ψ§ΩΩΩ Ψ§Ω.
ReplyDeleteBertabahlah saudara Teme & keluarga. Peritnya berhadapan dgn ujian apabila keluarga sendiri sakit tdk dpt digambar dgn kata2. Hanya yg mengalami shj yg tau. Sihat adalah nikmat tdk ternilai. Buat saudara & keluarga jaga kesihatan & emosi. Semoga mama saudara diberikan kesembuhan & syifa dari Allah S.W.T
Assalamualaikum teme , semoga Allah memberikan kesembuhan utk ibu tema Dan dipermudahkan urusan semuanya Aamiin.Mohon maaf ikhlas Dari hati kami peminat teme yg tidak tahu keadaan sebenarnya.Terima kasih sudi berkongsi dgn kami .It's okay take your time as much as you need Your mum deserved you more than us at this moment.Jgn risau ttg janji.Kami pasti boleh tinngu dgn kemunculan karya terbaru teme .Take care of yourself too Don't worry to much.Doa2 kami sentiasa utk ibu Dan teme sekeluarga.Take care.
ReplyDeleteSemoga mama teme diberikan kesembuhan ,keajaiban dan semoga kesakitan itu diangkat oleh Allah SWT .Keep strong teme and family .
ReplyDeleteAs a deep feeler, it’s truly disheartening to read this. It’s that phase of life that’ll come sooner or later. I lost 2 of my close family members in this year alone. Kedua-duanya kematian yang tidak dijangka namun alhamdulillah sangat dimudahkan. Cuma, I guess the uncertainties is what slowly testing. Can’t imagine perasaan Teme sepanjang menjaga mama insan yg paling dicintai dalam setahun ni. But trust me, it’s Allah way to help us slowly accepting His qadr. For indeed we belong to Allah and to Him we return, the best Home to be π€ I’ll keep the prayers for your family and especially you in one third of the night.
ReplyDeleteThank you for being so thoughtful to explain and open up, it musn’t be easy. Noticed the hard lines on your lower back in the drawing; don’t forget to take care of yourself too, ya? Mama still needs you in the best state. Semoga Allah mengangkat darjat Teme dan keluarga asbab ujian yg hebat ini sehebat iman hamba-hambaNya yg diuji. Manusia-manusia kuat πͺπ»
Bismillah, semoga Allah berikan kesembuhan pada Mama Teme. Diangkat segala kesakitan dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah untuk Teme sekeluarga. Amin Ya Rabb. Doakan kesihatan mama saya juga. Terima kasih banyak untuk karya Teme. Semoga Allah sentiasa menjaga Teme sekeluarga. Amin Ya Rabb. π±
ReplyDeleteSalam, semoga diberikan kesembuhan segera buat mama Teme, Dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn YaRabb.. Jaga kesihatan kamu juga. Banyakkan bersabar, utamakan mama.
ReplyDeleteSorry to hear that..It's okay Teme. Utamakan keluarga dulu. Syafakallah buat mama Teme. Semoga dikurniakan kesembuhan yang tiada sakitnya selepas ini dan kembali sihat seperti sediakala. Semoga dipermudahkan semua urusan Teme sekeluarga, dipertemukan dengan penawar buat penyakit mama. Teme pun jaga kesihatan juga ya. Semoga semuanya dalam jagaan Allah selalu. InsyaAllah pasti Allah temukan dengan penawarnya nanti.
ReplyDeleteBuku tu takpe kemudian, ktorg faham keadaan Teme sekarang. Semoga yang baik-baik datang untuk keluarga Teme. Allah is the best planner. Mesti ada hikmah disebalik semua ni. Stay strong and stay safe. πͺπ»
Hujan ni, waktu mustajab berdoa kan ? Insya Allah dengan rahman dan rahim dari Allah, moga Allah berikan 'Afiyah dan kekuatan buat mama Teme dan seluruh ahli keluarga. Moga dikurniakan kekuatan zahir dan batin buat Teme dan keluarga π«Άπ» Moga Allah angkat segala beban, angkat segala penyakit dan mudahkan segala urusan π€²π»π₯°
ReplyDeleteSyafakillah mama Teme. Semoga diberikan kesembuhan & semoga Teme sekeluarga kuat dan dipermudahkan segala urusan ya ! it’s okay about us. we can wait for you! Dont worry tau. ππ»
ReplyDeleteMay Allah easier everything and stay focus on your Mama. Never give up because all of us stand besides you and always support Teme Abdullah ♥️ smoga mama Teme sembuh seperti sedia kala π₯Ή Berpisah beza alam itu lebih sakit jadi luangkan masa yang ada dengan mama Teme supaya tiada penyesalan diakhirnya.... Cipta memori sebanyaknya In Syaa Allah kami sentiasa mendoakan π€
ReplyDeleteAssalamualaikum teme! Semoga Allah terus berikan kekuatan pd teme sekeluarga. Teruskan ikhtiar dn berdoa untuk mama teme, supaya Allah akan bantu manusia yg sentiasa brgntung harap pd dia. Igt tau Allah uji sbb dia sayang. Semoga teme sekeluarga sentiasa sihat dn redha dengan setiap ujian yg datang. Selamat malam.
ReplyDeleteSyafakillah buat mama temeπ€² keep qowiy buat teme dan seluruh keluarga.semoga Allah SWT mengangkat kesihatan yg dialami oleh mama teme dan mama kembali sihat seperti sedia kala..Aamiin ya rabπ€²πΉ
ReplyDeleteSemoga Allah berikan kesembuhan kpd mama teme dan sentiasa permudahkan urusan teme sekeluarga
ReplyDeleteSyafakillah mama Teme. Semoga diberikan kesembuhan & semoga Teme sekeluarga kuat dan dipermudahkan segala urusan ya. Dont worry about us ya, we can wait. Just focus on your mom yaπ
ReplyDeleteAssalamualaikum teme... Semoga mama teme di beri kesembuhan seperti sedia kala, dipermudahkan segala urusan teme Dan keluarga.
ReplyDeleteAssalamualaikum pakcik teme ( izinkan saya guna pakcik sebb saya hanya lah remaja 16 tahun π€)
ReplyDelete1) Syafakillah kepada mama pakcik . Semoga diberikan kesembuhan yang sempurna buat penyakit mama pakcik. Allah uji tanda Allah sayangkan hambanya . Lagi berat ujian yg Allah bagi lagi sayaang sang pencipta kepada mahkluknya.semoga pakcik tabah ya dgn ujian ni , takpe janji Allah itukan pasti . (Al baqarah 286) Dan Allah tidak uji makhluknya melainkan dia mampu . Maksudnya , pakcik mesti kuatkan danbboleh harung ujian ii ni. Allah yuftahalaika πͺπ»
2) pakcik , tahun depan saya akan jadi one of the candidate spm , tolong doakan saya cemerlang ye , saya nak hadiahkan parents saya 10A+ . Buku ii pakcik sangat menginspirasikan saya untuk cemerlang dalam menuntut ilmu. Pakcik buktikan bahawa kekurangan yang ada pada kita bukanlah penghalang untuk kita capai impian yang lebih besar. Btw saya accountant+arabic student , doakan saya nak sambung perbank Islam dekat jordan. Moga Allah balas balik jasa dan doa pakcik dekat saya.
Amin!
First of all,thank you TEME for your appreciation toward us.May Allah ease your way and lend your mother a good health and be better than before.Teme please don't pressure yourself,it's fine if you publish your book for a while.We understand you have lots of responsibility to be a son,writer and worker.Its fine,take your time,spend time with your mom well ! We will always wait for you! May Allah grant all of your Dua and give your mom a good health,Aamiin ya rab.Teme please take a break and make sure be happy and positive okay...byeee!
ReplyDeleteAllahuakbar..
ReplyDeleteSyafakillah untuk Mama Teme. Semoga Allah segera datangkan kesembuhan buat Mama dan berikan segala kebaikan untuknya. Buat Teme, pilihlah untuk jadi anak terbaik berbanding pengkarya pada saat dan ketika ini. Saya yakin itu lebih baik utk Teme di dunia dan akhirat. Itu tujuan akhir kita kan π. Jangan paksa diri, buatlah segalanya dan rancang segalanya dengan baik. Semoga Allah hadirkan ilham dan kesempatan utk Teme menulis lagi nanti. Yang penting sekarang adalah Mama. Stay strong buat Mama, Teme dan seluruh ahli keluarga! πͺ
Allahuakbar..
ReplyDeleteSyafakillah untuk Mama Teme. Semoga Allah segera datangkan kesembuhan buat Mama dan berikan segala kebaikan untuknya. Buat Teme, pilihlah untuk jadi anak terbaik berbanding pengkarya pada saat dan ketika ini. Saya yakin itu lebih baik utk Teme di dunia dan akhirat. Itu tujuan akhir kita kan π. Jangan paksa diri, buatlah segalanya dan rancang segalanya dengan baik. Semoga Allah hadirkan ilham dan kesempatan utk Teme menulis lagi nanti. Yang penting sekarang adalah Mama. Stay strong buat Mama, Teme dan seluruh ahli keluarga! πͺ
Syafakillah buat mama Encik Teme, semoga dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik seperti sediakala, Aamiin InsyaAllah... Allah tak akan uji seseorang hamba tu melainkan hamba itu mampu, betul tak? Ujian yang sekarang Encik Teme timpa merupakan salah satu rahmat Dan 'hadiah' yang Allah nak beri pada mama Encik Teme. Sama ada Allah nak hapuskan dosa hambaNya itu atau naikkan darjat seseorang. Semoga ujian ini menjadi salah satu rahmat untuk mama Encik Teme masuk ke syurga FirdausNya kelak InsyaAllah...Allah Yuftah Alaik juga buat Encik Teme untuk karya Penulisan yang seterusnya. Moga diberikan kemudahan Dan kelancaran dalam menulis Dan mengeluarkan idea-idea atau jalan cerita yang menarik, Aamiin.. Hehe xsabo nak bacaπ€ Fighting!
ReplyDeleteAssalamualaikum hi Teme, semoga ada hikmah dalam ketentuan yg Allah telah takdirkan.. Jika dahulu ibu kita memberi sepenuh fokus pada pembesaran kita sebagai anak, kini di hari tua sakit nya dia memerlukan kita pula.. Selagi Allah tidak mengambil nyawa kita, selagi tu pasti karya boleh tercipta, namun di saat ini ada insan yang lebih penting memerlukan perhatian kita sebagai anak. Fokus lah dengan syurga kita dlu, yg lain boleh tunggu di kemudian hari.. Sama seperti saya, dh masuk 6 bulan tidak bekerja jaga parents yg sakit. Walaupun gelisah akan rezeki tapi tidak mengapa Allah lebih mengetahui.. sabar ikhlas dan yakin dugaan Allah ini satu rahmat buat kita sebagai anak .. saya doakan semoga ibu Teme kembali pilih Dan bergembira bersama keluarga. Doakan saya juga..
ReplyDeleteSyafahallah.. semoga Allah ampunkan dosa dan sembuhkan mama Kami, teme..
ReplyDeleteAssalamualaikum, Teme aka pakcik
ReplyDeleteSaya tak tahu kalau pakcik baca komen ni tetapi saya mendoakan semoga Allah mempermudahkan urusan buat pakcik sekeluarga. Semoga Allah mengangkat segala kesakitan dan memberi kesembuhan kepada mama pakcik.. Allah uji tanda Allah sayangkanπ₯Ή Rasa bersalah pula sebab terlalu meminta untuk sambungan buku empayar.. it's okay pakcik.. kami semua faham.. dan satu lagi, pakcik jangan lupa jaga kesihatan pakcik juga✨
Insyaallah semoga doktor dapat jumpa punca penyakit mama teme, dan semoga ada perubahan kearah positif. Moga Allah swt berikan kekuatan fizikal dan mental untuk teme sekeluarga, terutamanya mama teme. Terima kasih sebab share dengan peminat teme, sekurang-kurangnya kami boleh sama-sama doakan mama teme. π€
ReplyDeleteYa Allah sesunguhnya Engkaulah yg maha menyembuhkan kurniakanlah kesembuhan dan kesihatan yang baik buat mama teme ya Allah. Buat Teme, jgn bersedih ya sesungguhnya Allah bersama kamu, Teme. Teruskan bersemngat dan kuat ya utk mama yg tersayang. Saya doakan segalanya dipermudahkan olehNya. Sesungguhnya ujian yg Allah berikan buat Teme, membuktikan Teme anak yg sangat baik. Awak insan terpilih, Teme. Tntg penulisan Teme, tak mengapa Teme, kami faham yang terpenting skrg adlh kesihatan mama Teme. In sha Allah moga Allah mengurniakan kesihatan dan kesembuhan buat mama. Aamiin
ReplyDeleteSyafakallah buat mama Teme.. Semoga dipermudahkan urusan Teme sekeluarga dan diberi kekuatan dlm ujian ini.. Semoga Allah berikan kesembuhan segera kepada mama Teme yang tidak ada sakit selepasnya π€²
ReplyDeleteJaga diri Teme & keep strong πͺ
Semoga diberi kesembuhan buat mama Teme. Segala yg baik mahupun yg buruk adalah daripada Allah. Teruskan berikhtiar untuk mama dan banyakkan bersyukur. InshaAllah, ada hikmah yg baik di balik ujian. Saya doakan agar tahun 2025 akan lebih baik buat Teme dan mama.πͺπ»
ReplyDeleteTemeee, semoga Allah permudahkan urusan mama Teme, ringankan kesakitannya, kurniakan kesihatan yang sempurna dan tiada sakit lagi setelahnya buat mama Teme. Semoga Teme dan ahli keluarga yang lain tabah untuk menghadapi tempoh sukar ini. Ya Rabb, sembuhkanlah mama Teme... aminnn Ya Rabb. You got this!
ReplyDeleteAssalamualaikum abe Teme! Tak perlu peningkan diri untuk tulis sambungan empayar.Utamakan mak ayah memang kewajipan sebagai seorang anak.Selalu percaya dengan ketentuan Allah yang dah disusun.Saya doakan mak abang diberikan kesihatan dan kepulihan serta segala urusan kalian dipermudahkan.Salam dari Kelantan!
ReplyDeleteSyafakillah teme semoga dipermudahkan urusan and lapang dada dlm terima ujian.
ReplyDeleteAwak kuat dgn izin Allahπ€✨
Semoga Allah beri kesembuhan untuk Mama Teme dan dipermudahkan segala urusan. Jgn risaukan kami yg menunggu karya awak yg seterusnya. Prioritise your mom first above anything else. Karya2 yg 'dijanjikan' tak seharusnya ditunaikan secepat yg mungkin. Mungkin tahun depan atau tahun berikutnya, atau seterusnya pun tak apa. Awak juga seorang manusia. As long as you're not pushing yourself beyond your capabilities. Don't worry, everything is going to be fine, Allah is the best planner for us. Stay strong for yourself and your mom!
ReplyDeletesyafahallah buat mama teme✨
ReplyDeleteSending hearts to you, Teme. Kuatkan semangat. Jaga mama dengan penuh kasih sayang ya. I've been through, the same situation. Jaga mak sakit di wad bulan 7 hari tu. Masa tu semua benda tolak tepi. Hanya kesihatan mak jadi keutamaan dan saya yakin, Teme pun rasa macam tu sekarang.
ReplyDeleteSaya doakan Allah kurniakan ilham pada para doktor supaya dapat kesan penyakit sebenar mama Teme. Never lose hope. Kita doa sama-sama okay. Hearts!
Bismillah..kpd Teme, jika ada terbaca mesej ni saya as peminat buku teme ingin ucapkan terima kasih banyak2 sbb sudi luangkan masa teme yg berharga utk tulis posting ni. Saya percaya ramai peminat yg mesti faham keadaan teme sekarang. Teme percayalah semua peminat buku teme ni semua orng yg bijak emosi, bijak fikiran ..maksud saya jangan teme sampai risau yg peminat Teme akan sedih or kecewa klu teme rehat dari tulis buku. Teme jaga diri tau, don't overthinking, jaga pemakanan ,jaga tidor, jaga kesihatan badan teme jugak klu penat jaga parent rehat sekejap so emosi teme akan mjadi lebih baik✨✨ ✨ mungkin ini rezeki teme utk dpt jaga and spent masa dgn parent teme semoga masa ni akan jadi masa sangat indah dalam life teme.Dengan izin mu ya Allah sembuhkan mak teme, dengan izin mu ya Allah, semoga dgn bungkusan hadiah penyakit ni menjadi salah satu jalan utk mak teme masuk syurga tanpa hisap, dosa-dosa terhampus Dan bersama dgn para kekasih Allah. Semoga teme family sabar Dan tenang dalam masa sekarang ni serta menikmati setiap saat yg diberikan.π«Άπ«Ά Semoga teme sekeluarga sentiasa dilindungi Allah, dirahmati Allah, dijaga Allah Dan dicintai Allah aaminn.
ReplyDeleteSemoga Mama Teme diberikan kesembuhan sebaiknya dan Teme sekeluarga diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian dari Allah Taala. Aamin InsyaAllah. Stay strong Teme, saya doakan semoga segala kebaikan yang awak dah sebarkan secara langsung atau tak langsung berbalik semula kepada awak InsyaAllah π saya dapat banyak manfaat dari buku2 yang awak tulis. It's okay Teme, fokus pada apa yang perlu dan penting sekarang which is your family. U got an understanding fans. We understand your priorities and we only hope the best for you and your family. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan menyayangi Teme sekeluarga Aamin. Moga Teme dapat terus sebarkan kebaikan di mana2 jua. InsyaAllah πͺπ»
ReplyDeleteSemoga allah permudahkan urusan teme sekeluarga. Semoga allah beri kesembuhan buat mama teme π§Έ hwaiting!!
ReplyDeleteMoga mama teme dipermudahkn urusan, diberikan kesihatan yg terbaik dan sembuh spt sediakala... Dont push too hard on urself teme . Spend more time on ur family first . Family is important . we all bileh tunggu karya teme xkira masa . My doa alwys for you . aameen.
ReplyDeleteKepada Mama Teme; semoga cepat sembuh yaaπ₯Ί semoga dpt jumpa ubat yg sesuai dgn penyakit tuu dan moga terus kuat hadapi ujian Allah ni.
ReplyDeleteThanks Teme walaupun sibuk uruskan mama, ada juga kesempatan tulis buku. Buku ape pon kami tetap tk sabar nk bacaπ€π
semoga Allah anugerahkan kekuatan yg luar biasa dkt abg teme.. Smoga sentiasa dalam lindungan allah, smoga allah bgi ksembuhan dkt mama teme..jangan sedih² dan jangan giveup! Doakan saya cemerlang spm 2025 aamiinn..
ReplyDeleteWeh ini sangat mengejutkan. Then i have the audacity to email and talk about feelings, update my works life... Im so sorry. Super sorry. Silly me. You are very good in hiding. Ya Allah, semoga ada keajaiban untuk kesembuhan mama Teme. Semoga jumpa apa punca 'penyakit unik' ni dan dapat rawatan yang terbaik. Ya Allah this really makes me shocked. We all know how important and close Teme with mama. Ya Allah permudahkanlah dan perkenankanlah doa-doa kami
ReplyDeletesemoga mama teme mendapatkan kesembuhan yang seperti sedia kala ❣️ fighting teme!
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa permudahkan urusan Teme , mama Teme dan sekeluarga. Allah uji tanda sayang. Allah sayang Teme dan Mama Teme . Keep strong kay πͺπ»
ReplyDeleteSyafakallah buat mama saudara Teme. Semoga saudara Teme sekeluarga diberikan kekuatan dan kelapangan hati menghadapi ujian ini.
ReplyDeleteSyafakallah buat mama saudara Teme. Semoga saudara Teme sekeluarga diberikan kekuatan dan kelapangan hati menghadapi ujian ini π€²π€²π€²
ReplyDeleteTeme InshaAllah semuanya akan baik baik saja. Percaya pada Allah yang sentiasa ada dengan kita.Semoga mama teme cepat sembuh dan dalam keadaan baik. Syafakillah mama
ReplyDeleteTerus terang cakap, hati saya rasa sayu sangat baca update blog kali nie. Sorry to hear that.. Waktu kita diuji dengan kesihatan sendiri, kita masih boleh pujuk diri. Tapi bila parents kita yang diuji dengan nikmat kesihatan, memang perasaan kita akan jadi berbolak balik. Sedih, speechless, lost, scared, clueless. All in one. Perit dia lain macam. Dada rasa berat. Terhimpit antara harapan dan ketidakpastian. Tapi kita kena tetap nampak kuat. Saya faham perasaan tu..lost my father because of Covid back then in 2021.
ReplyDeleteBila bertembung kehendak kita dengan kehendak tuhan, moga kita dapat ikhlas dengan segala percaturan. Rahsia tuhan..qadarullah. Allah lagi tahu apa yang terbaik walaupun kadang2 air mata kita kena jatuh berkali2 sebelum kita nampak hikmahnya. Kalau tak di dunia, di akhirat sana pasti ada jawapannya asalkan kita sentiasa bersangka baik, sabar dan redha dengan ketentuan Allah. Itulah matlamat hidup kita..untuk mencari redha Allah dalam apa jua situasi walaupun tidak semudah bicara.
Saya doakan supaya Allah lorongkan jalan keluar yang membantu, diberikan kesembuhan yang tiada sakit lagi selepasnya untuk mama Teme, dilapangkan apa yang sulit dan dikurniakan ketenangan untuk Teme sekeluarga sepanjang melalui proses sukar nie. Ikthiar dan tawakal.. selebihnya kita serahkan pada Allah. Moga doa2 kita semua dapat berikan sinar keajaiban yang baik untuk kesihatan mama Teme, jika Allah izinkan. Qadarullah. Arwah ayah saya pernah kata, bila kita diuji ingat 3 perkara. Ada yang musibahnya lebih berat, dekatnya pertolongan Allah, besarnya pahala sabar. Moga pesanan nie dapat suntikkan sedikit semangat buat mereka yang diuji. Yang memberikan inspirasi pun kadang2 perlukan motivasi walaupun tidak mengharapkan simpati..Teme pun manusia biasa yang ada hati perasaan, lagi2 bila kami semua tau betapa Teme sangat sayangkan mama yang menjadi pendorong Teme selama nie. Must be very hard for you..inshaAllah Teme n family kuat!
Berkenaan dengan penghasilan buku baru..take your time as much as you need it. Books can wait, no rush. Terima kasih sebab update, still pikiaq pasai readers. Saya pasti sebolehnya Teme takmau cerita pasai nie since melibatkan family, tapi amanah sebagai penulis yang buatkan Teme untuk speak up. Really appreciate it. Teme kata dengan menulis dapat trick minda Teme, teruskanlah menulis kalau tu dapat alihkan kesedihan sikit, tapi tak semestinya kena letak target untuk publish within nearest timeline tau? Jangan rasa serba salah dengan readers, kami semua faham. No worries. Terima kasih jugak sebab sekali lagi berikan contoh untuk kami kuat dengan ujian masing2. Focus jaga mama, okay? Hargai moment yang Allah rezekikan nie sebaiknya, sebab bukan semua anak berpeluang untuk berbakti kepada ibu bapa saat mereka sakit..Jaga diri, jaga emosi jugak..doa kami semua sentiasa mengiringi, we’ll keep you in our thoughts and prayers. Moga diangkat darjat kalian sekeluarga asbab bersabar dengan ujian nie. Kuatkan semangat!
usah la risau tentang kami teme. Buat masa ni "muzium" teme boleh menunggu karya teme.Ambil la masa sebanyak mana yang teme mahu asalkan teme bahagia, tumpukan kasih sayang yang paling hampir dengan kita dulu. Terima kasih juga masih update setelah sekian lama menyepi sejak MnG baru ni. Sama ii kita doakan kesembuhan buat mama Teme.
ReplyDeleteUntuk semua rasa yang ada lepaskan ia dipertarungan malam 1rejab
ReplyDeleteMoga diberi kesembuhan buat mama Teme dan be strong!
ReplyDeleteDah cuba ubat purtier ke? Ramai kata elok? Agak pricey tapi trylah ikhtiar
ReplyDeleteSemoga mama Teme diberi kesembuhan segera dan Teme sekeluarga terus kuat dan tabah. Jaga diri selalu!!
ReplyDeletesemoga Allah mengurniakan keafiatan serta kesembuhan kepada ibu kamu. dan semoga Allah membantu kamu sekeluarga untuk sentiasa sabar dan cekal menghadapi ujian daripadaNya. saya sebagai saudara seislam hanya mampu mendoakan kamu semua sekeluarga dipermudahkan urusan. baik di dunia mahupun di akhirat.
ReplyDeleteAssalamulaikum duhai sang penulis pelukis yang bukan lagi jalanan, hikayat kita milik Allah, Nafas kita milik Allah, takdir kita juga ketentuan Allah. Tidak perlu sebarang "keizinan" untuk masa depan, penjelasan sudah memadai sebagai tanda adab kesopanan. Jalan kehidupan kita di aturkan tuhan, lapang lah masa dan tenagamu duhai si anak. Tutup seketika ceritera pena tulisan mu kerana ceritera pena lukisanmu masih memerlukn mu bagi kelangsungan hidup mu. Berbakti lah selagi hayat mu, ucapkan selamat tinggal buat seketika kepada "kami" pembacamu. Tenang kan emosi mu demi menghadapi syurga mu. "hidup ini adalah neraka di dunia bagi mereka yang beriman dan hidup ini adalah syurga di dunia bagi mereka yang kafir" segala gundah, keresahan, kemurungan, kedukaan, kesakitan di dunia ini hanya lah kerana Allah mahu mengangkat darjat kita untuk bekalan kita di akhirat. Titipkan doa kepada MAHA penyembuh, tidak di lupa, selitkan jua doa ketabahan hati buatmu. Usaha selagi daya, jika gagal jangan hampa namun kita manusia, segala perasaan atas usaha daya yang tidak terdaya, curahkan lah di atas baldu di sujudmu. Persiapkan dirimu dengan kemungkinan kekalahan atau kemenangan.. Kita hamba biasa, ujian itu untuk kita terus mengingati kasih sayang sang pencipta.. Kami sang pembaca menitipkan segala doa kebaikan buat syurga mu dan dirimu.. Tabah, cekal, redha... Semoga yang baik-baik buat mama teme dan kamu, hamba Allah..
ReplyDelete