Teori Pengakhiran Bayang Sofea


Pertamanya, terima kasih kerana sudi menghabiskan cerita Bayang Sofea dan memberi rating! Makin bersemangat saya nak terus menulis! Sebenarnya masih banyak yang saya perlu belajar untuk hasilkan penulisan yang betul-betul bagus. Tetapi kalian bermurah hati memberikan rating yang sangat tinggi! Terima kasih πŸ₯Ή

Kini lebih kurang sebulan selepas hari terakhir Meet & Greet 2024. Dan Bayang Sofea masih lagi menjadi rebutan. Alhamdulillah. Bukan itu saja, buku-buku saya yang lain pun naik semula jualannya. Sampai saya rasa serbasalah dan takut pula dengan jualan kali ni hahahaha. Tapi tak tahu nak takutkan apa. Moga-moga, Allah jauhkan kita semua dari hal-hal yang buruk. Semua ini nikmat yang juga ujian buat saya. Insya-Allah, saya akan gunakan ia sebaiknya.

Semua ini takkan berlaku tanpa kalian, segolongan manusia yang percaya pada karya saya dan mempromosikannya pada orang lain juga sehingga jumlah kawan-kawan pembaca kita sudah seramai sekarang! Kalianlah the real MVP (Most Valuable Player)!

Walaupun banyak kali kehabisan stock, kini pembelian novel Bayang Sofea sudah dibuka semula (click here)! Ini pula link untuk kesemua 14 buku saya (click here).


Terus kepada topik berkenaan pengakhiran cerita Bayang Sofea.

Peringatan: Artikel ini mengandungi bocoran awal (spoiler) yang sangat-sangat berat. Jadi, jika anda merancang untuk membaca Bayang Sofea tanpa gambaran pengakhirannya, anda boleh bookmark, repost/retweet, share, atau biarkan artikel ini terbuka dalam tab dulu sebelum habis membaca Bayang Sofea. Kemudian, datang ke sini semula untuk kita sama-sama sambung 'berbincang'. Okay? Jika nak dapatkan dulu novel Bayang Sofea, klik sini.



Sebenarnya Danny tidak wujud?


Saya lega, majoriti pembaca berpuas hati dan seronok dengan pengakhiran Bayang Sofea. Tenang hati saya membaca review, melihat video, dan meneliti perkongsian kalian. Lega sangat-sangat sebab kalian happy! Walaupun ia tamat dengan penutup yang cukup buat setiap watak yang muncul, saya perasan, masih ada yang bermain di minda sebahagian pembaca walaupun dah habis baca. Beberapa teori mula timbul berkaitan pengakhiran Bayang Sofea. Termasuklah tentang kewujudan Danny.

Para pembaca ini bukanlah sekadar overthink kosong. Mereka kemukakan bukti-bukti kepada konklusi mereka itu dengan petikan-petikan daripada novel Bayang Sofea. Saya kagum! Bijak-bijak semuanya! Tersenyum saya membacanya.

Mungkin bukti-bukti itu hanyalah kebetulan dalam penulisan. Mungkin juga saya sebagai penulis sengaja meninggalkan petunjuk-petunjuk itu merata-rata di dalam buku. Entah. Hahahaha! Pokoknya, sama ada ia disengajakan atau tidak, apa yang kalian teorikan itu valid. Apa-apa pun, terima kasih kerana menjadi begitu peka dan teliti terhadap penulisan saya! I really appreciate it! πŸ₯ΉπŸ’•

Kali ini, mari kita kecilkan skop dan bincangkan hal teori pengakhiran itu. Saya sudah ringkaskan teori kalian dan membahagikannya kepada hanya 4 teori pengakhiran.


Teori 1: Pengakhiran biasa.

Situasi pertama ialah situasi penamat yang literal seperti di dalam buku. Sofea menjadi Presiden Nusaraya. Sofea punyai dua orang anak: seorang laki-laki dan seorang perempuan. Suaminya, Danny masih atlet yang menjaga kecerdasan dirinya walaupun tidak aktif dalam perlawanan-perlawanan tinju besar seperti dahulu. Pembaca boleh memilih kefahaman pengakhiran yang ini jika itu yang paling memuaskan pembaca. Tidak ada salah pun. Cerita itu sudah menjadi milik kalian. Malah mungkin itulah pengakhiran yang saya sendiri maksudkan sebagai penulis.

Sesiapa yang sudah bahagia menerima pengakhiran yang ini dan tak pernah perasankan atau memikirkan apa-apa teori pengakhiran yang lain, saya sangat mencadangkan kalian tak teruskan baca lagi 3 teori pengakhiran yang saya tulis di bawah ni πŸ˜…. Percayalah, ia akan menganggu ketenangan kalian. Tapi kalau nak baca pun okay. Boleh kita sama-sama berkongsi apa yang pembaca lain 'dapat' juga. Okay?

Teori 1: Sofea, Danny, dan keluarga mereka hidup happily ever after πŸ’•. 


Teori 2: Danny sebenarnya sudah mati.

Saya mulai perasan, ada pembaca yang telah menangkap beberapa ayat dalam Bayang Sofea untuk merumuskan yang sebenarnya Danny sudah mati di akhir cerita tersebut. Ini, saya petikkan beberapa ayat dalam bab akhir Bayang Sofea.
Anak-anaknya bersekolah asrama. Sofealah yang akan menghantar dan menjemput mereka sendiri daripada sekolah walaupun sesibuk mana. -m/s 486
Berdasarkan penceritaan tersebut, ada yang tertanya-tanya, ‘Kenapa Sofea seorang sahaja yang menjemput anak-anaknya? Di manakah Danny? Dia kan bapa, kenapa wataknya tidak ditulis untuk turut sama menghantar anak-anaknya bersama Sofea sedangkan Sofea sibuk sebagai presiden?’

Dengan tanda tanya atas kekaburan peranan Danny dalam ayat-ayat tersebut, ada pembaca yang mulai curiga akan apakah yang telah berlaku kepada Danny. Tetapi, masih terlalu awal untuk merumuskan apa-apa. Boleh jadi Danny masih sering ke luar negara, dan terlalu sibuk untuk selalu menghantar dan menjemput anak-anak mereka.

Ayat seterusnya yang boleh menimbulkan tanda tanya juga ada di dalam bab yang sama.
Sofea mengucup dahi anak perempuannya sebelum remaja itu keluar dari ruang tersebut bersama seorang pengawal peribadi. Dia berjalan berselisih bahu dengan bapanya yang masih bersandar tersengih di pintu. Tidak saling berpandangan atau bertegur sapa. -m/s 487
Kenyataan ini seolah-olah mengukuhkan lagi kesangsian terhadap keberadaan Danny. Mengapa anak perempuan Sofea tidak bertegur dengan bapanya sedangkan mereka berselisih bahu? Adakah ia kerana ada sesuatu yang berlaku antara mereka yang membuatkan anak perempuan itu merajuk dengan bapanya lalu tidak bertegur pada saat itu? Atau tidak ada apa yang serius pun kerana mereka ke tempat itu pun bersama-sama. Jadi tidak pelik untuk tidak bertegur sapa kerana mereka mungkin sudah berbual panjang di dalam kenderaan.

Namun jika demikian, ketika polis pengawal datang mengetuk pintu, mengapa tidak disebutkan yang Danny ada datang bersama?
Polis pengawal itu berkata, "Presiden Sofea .... Anak Presiden Sofea mahu berjumpa." -m/s 486
Jadi..... adakah sebenarnya anak perempuan Sofea hanya berselisih tanpa bertegur sapa begitu dengan bapanya kerana Sofea seorang sahaja yang boleh melihat Danny? Polis pengawal tidak menyebut yang suami Sofea turut datang bersama anak perempuannya kerana polis pengawal itu pun tidak nampak Danny? Boleh jadi Danny itu....... halusinasi Sofea sahaja?
Rupa suaminya itu tidak banyak berubah berbanding dahulu. Awet muda. Hampir tiada kedutan. -m/s 488
Jika Danny di akhir bab itu hanyalah halusinasi Sofea, ayat di atas boleh mengukuhkannya. Mungkin Sofea menghalusinasikan Danny dalam keadaan imej terakhir yang diingati berkenaan suaminya itu. Maka, Danny menjelma beberapa tahun lebih muda berbanding Sofea walaupun mereka sebaya. Kerana Danny sebenarnya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
“Kalau awak yang bagi nasihat, mesti dia dengar je,” ujar Sofea lembut. -m/s 488
Ini juga menimbulkan persoalan. Jika Danny itu masih ada, mengapa Sofea seolah-olah mengeluh mengharapkan Danny ada dan berikan nasihat kepada anak mereka? Jika suaminya itu masih ada, boleh sahaja Sofea meminta terus Danny untuk menasihati anak mereka kerana anaknya itu lebih dengarkan kata-kata Danny. Kan?

Banyak lagi ayat dan perenggan yang boleh menimbulkan kesangsian.

Jadi, mungkinkah sesuatu telah berlaku kepada Danny yang mengisyaratkan watak itu sudah tiada lagi di pengakhiran cerita?

Teori 2: Danny sudah tiada lagi di pengakhiran cerita.


Teori 3: Danny tidak wujud.

Ada teori yang lebih radikal. Boleh jadi, watak Danny itu sebenarnya tidak pernah wujud pun setelah sekolah menengah. Setelah perselisihan antara Sofea dan Danny di zaman persekolahan, mereka berdua mengambil haluan masing-masing dan tidak pernah bertembung semula dalam garis hidup masing-masing.

Insiden yang berlaku di zaman persekolahan mereka yang membuatkan masing-masing menerima kad penalti.

Bab 8: Rare Black Card. Dalam bab ini, tersangatlah kebetulan Danny muncul bercuti di tempat yang sama dengan Sofea sedangkan banyak lagi kepulauan dan tempat percutian lain di Nusaraya. Kemunculan Danny secara tiba-tiba di Sulawesi itu juga sedang elok sahaja ketika Sofea benar-benar memerlukan bantuan. Boleh jadi, Danny ‘muncul’ dari otak Sofea sendiri yang tertekan dan memerlukan ‘watak’ penyelamat. Danny itu hanyalah bayangannya. Dan black card kepunyaan Danny itu sebenarnya milik Sofea sendiri. Tidak pelik untuk Sofea sendiri mempunyai black card tersebut berdasarkan latar belakang Sofea. Semua alasan itu boleh menjadi pengukuh premis yang sebenarnya Danny tidak wujud.

Bukan itu sahaja, Bustamin dan anak perempuan Sofea juga mungkin hanyalah khayalan Sofea sendiri. Otaknya sengaja mewujudkan watak-watak itu agar dia tidak terlalu kesunyian dan boleh berfungsi dengan normal. Mereka itu juga 'gelas-gelas' daripada minda Sofea. Boleh jadi juga, Tirah pun hanyalah imaginary friend Sofea yang wujud kerana Sofea terlalu tertekan dipulaukan di pejabat atas kekurangan keyakinan dirinya.


Lagipun, watak Tirah itu tidak pernah ada interaksi dengan watak-watak besar yang lain di dalam buku Bayang Sofea melainkan dengan Danny dan Sofea sendiri sahaja. Boleh sahaja, watak Tirah itu dan watak-watak lain yang rapat dengan Sofea hanyalah bayangan mindanya sahaja.

Teori 3: Sofea mewujudkan watak-watak untuk menemani dirinya.


Teori 4: Semuanya bayangan sahaja.

Jika teori 3 sudah radikal, teori 4 ini pula yang paling radikal. Seperti tajuknya, Bayang Sofea, boleh jadi cerita itu semua hanyalah bayangan Sofea sahaja. Sebuah ilusi. Bukan hanya watak tertentu sahaja merupakan bayangan Sofea, malah SEMUANYA hanyalah halusinasi Sofea yang bertarung dengan kestabilan mindanya.

Teori 4: Sofea hidup dalam dunia angan-angannya sendiri.

Sofea tidak mampu mengawal ledakan-ledakan di dalam mindanya setelah trauma yang berlaku di zaman sekolah menengah. Kemurungan setelah kematian bapa, kehampaan dan kekecewaan ditinggalkan sahabat baiknya sendiri di zaman sekolah, hal-hal yang berlaku di rumah, semua itu memberi impak yang besar terhadap kesihatan mental Sofea. Sofea tinggalkan rumah dan hidup dalam keadaan minda yang kurang siuman.

Boleh jadi, sejak meninggalkan zaman persekolahan, Sofea sebenarnya hidup merempat di sebuah lorong di ibu kota. Bersembunyi dan berteduh di celah-celah longkang dan dinding-dinding belakang bangunan. Oleh kerana itulah, tempat kegemaran Sofea di dalam buku Bayang Sofea adalah sebuah lorong sunyi dan gelap. Banyak kali dia kembali ke tempat itu. Walau apa pun yang berlaku ke atas dirinya di tempat itu, walau sebahaya mana pun, dia tetap tidak mahu meninggalkan lorong itu. Degil. Kerana sebenarnya, lorong itu adalah rumahnya.
Danny berjalan bersama Sofea melalui lorong yang sering disusuri wanita itu menuju ke stesen tren.

“Eh, gelapnya? Macam ni jalan yang awak lalu hari-hari?” tanya Danny.

Dia hanya pernah melihat keadaan jalan itu pada waktu pagi, semasa hari sudah cerah dan langit pun sudah biru.

“Taklah. Selalunya bila saya balik, tak gelap macam ni. Mungkin sebab hari ni saya balik lewat sikit daripada biasa,” jawab Sofea.

“Lepas ni, apa kata awak lalu ikut laluan utama depan tadi je? Ramai sikit orang jalan kaki di situ,” Danny mencadangkan.

“Jalan depan tu, 20 minit nak sampai stesen. Jalan ni, 10 minit je,” balas Sofea. Masih berdegil.

Danny mengeluh. Dia sudah boleh mengagak yang Sofea akan tetap berdegil. -m/s 230

Gambaran Sofea di 'rumahnya'. Sebuah lorong yang penuh dengan objek dan hal-hal yang mencetuskan khayalannya.

Saban hari, Sofea melihat orang-orang korporat lalu-lalang pergi dan pulang dari tempat kerja. Daripada itu, otaknya pun mengkhayalkan dirinya juga terlibat di dalam dunia korporat. Dia menghalusinasikan hampir semua yang berlaku di dalam kisah hidupnya. Seolah-olah seseorang yang hidup dalam dunia virual reality, tetapi versi khayalan mindanya sendiri.

Nama Encik Daim wujud kerana jenama sampul gula-gula yang berterbangan dari tempat pembuangan sampah di lorong tersebut. Encik Noodle, watak yang sering membantu membela Sofea itu pula wujud kerana noodle adalah makanan yang selalu diberikan oleh orang di sekitar lorong itu kepada gelandangan dan orang kurang siuman seperti dirinya.

Kebetulan, ada kedai mi yang terletak betul-betul berhampiran dengan lorong tersebut.
“Saya dah deal dengan kedai mi tu ....” Danny menunjuk ke arah sebuah kedai mi berhampiran. “Owner restoran tu ialah owner tanah ni…" -m/s 290
Begitu juga dengan kewujudan rice (nasi) dan bread (roti) di dalam kisah hidup Sofea. Semua itu boleh jadi terinspirasi daripada jenis makanan ruji yang sering disedekahkan kepadanya. Semua itu tempat bergantung baginya; seperti dia bergantung pada kariernya di RICE, dan seperti pentingnya Projek Bread bagi Sofea.



Konklusi


Semua itu antara teori-teori pengakhiran, dan jalan cerita tersirat yang boleh berlaku dalam Bayang Sofea. Banyak lagi sebenarnya. Contohnya, boleh jadi 'mereka' yang membantu Danny itu sebenarnya Sofea sendiri. Atau boleh jadi juga, sebenarnya Sofea dan Danny dilahirkan dengan 'penyakit' yang sama. Dan banyak lagi. Cuma untuk artikel ini, saya ringkaskan menjadi 4 teori sahaja. Sebagai pembaca, kalian berhak berteori dan memilih mana-mana jalan yang lebih membahagiakan dan memberi keseronokan buat minda kalian.

Ini link kalau kalian nak beli Bayang Sofea (click here). Alhamdulillah, setakat ini novel Bayang Sofea masih available! Ini pula link untuk karya-karya saya yang lain, sebelum Bayang Sofea (click here)
Sehingga kini, Sofea boleh membezakan yang mana realiti, dan yang mana fantasi. Adakah anda boleh membezakannya? -Ayat terakhir novel Bayang Sofea.
Kalian rasa macam mana? Adakah kalian boleh membezakan yang mana 'bayang' dan yang mana nyata? Teori atau pengakhiran mana yang paling 'tepat' menurut kalian?

Moga kita bertemu di karya yang seterusnya!

86 ulasan:

  1. Teme I'm sorry but I think im not clever enough for bayang Sofea 😭. Sampai sekarang I can't decide ending yang mana because saya takde pendirian hidup HAHAHHA. For me there's still a lot of missing information about all the characters so I can't conclude the ending πŸ₯Ή

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teme are you genius?😭

      Padam
    2. Teme are you genius fr?😭

      Padam
    3. Me too,i'm stuck in between,i tak boleh ambik pakai the last teori.

      Padam
  2. teme dah lama rancang kami sahaja yang lalai hahaha

    BalasPadam
  3. Suka sangat teori yang keempat! Tak terfikir pun.. another good writing, teme!

    BalasPadam
  4. Tak terfikir pulak teori yang keempat tpi sy memilih teori pertama sebab saya nak diorang hidup happily ever after.. btw sy nak request Teme lukiskan lorong lepas Danny make up kan tu, bolehπŸ₯Ή

    BalasPadam
  5. Wowww teori ke 4 tu TERPALING, YANG TERAMAT SANGAT diluar kotak ya. Hahahhaa MENARIK!

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. mind blowing 🀯

    BalasPadam
  8. Saya rasa inilah keunikan karya-karya Teme. Sentiasa buat kita berfikir. Bukan sekadar baca, habis, tamat. Persoalan akhir "adakah anda boleh membezakannya?" hits really hard. Keep it up, Teme!

    BalasPadam
  9. Haha..mantap ah teme...y keempat tu rare tp lojik..

    BalasPadam
  10. Habis je baca buku BS terus kepala ni berpegang teguh dengan teori keduaπŸ˜‚ Sorry la kitonyo overthinkingπŸ˜…

    BalasPadam
  11. Teori radikal ke 4 sangat hebat!
    Teme nak teme lukiskan lorong tu lepas dah dicantikkan oleh Danny

    BalasPadam
  12. Hahaha.. pd awalnya sy plh teori 1.. tapi teori 4 tuuuu.. temeeeeeee

    BalasPadam
  13. hmm brain is cannot braining

    BalasPadam
  14. first2 baca tu, aku boleh agak sofea tu mental...tp aku x pernah pulak terpikir kalau sofea kene hadap mental mcm teori no 4 tu...sedih gile kalau tu ending dia..tp sape yg selamatkan sofea masa nk kene rogol kt loring tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tu pun imiginasi dia..heheh😜

      Padam
  15. Argghhh suka teori2 mcm ni. Buat Minda pembaca turut sama berkhayal dgn Minda penulis. Suka teori ke empat tu but at the same time kinda sad jgklah.

    BalasPadam
  16. Teori ke 4 tu kalau betul memang out of box, no wonder time baca tu nama2 semua tu macam pelik ja. "Rice" "bread"...pecoh paloo

    BalasPadam
  17. mantaplah teme! Semua teori buatkan saya sakit kepala πŸ˜‚ tapi tersangatlah wow cara teme berimaginasi

    BalasPadam
  18. Maaf tapi saya percaya teori yg pertama. Tak sanggup yg 3😫.kita nak happy ending untuk sofea!!!.tapi teori yg ke 3 tu... Aaahhh sedihhhnyerrr😭

    BalasPadam
  19. x pe la yg mana² pon sbb yg penting jln cerita dia buat saya naik turun naik turun HAHAHAHAH

    BalasPadam
  20. Jika pilihan pada teori 4 ia sangat menyedihkan. Mulanya masa baca ada terfikir, adakah ini semua halusinasi Sofea. Setelah menyelami dari awal hingga akhir memang banyak bayangan pengakhiran cerita ini. Namun tak terfikir dek akal teori 4.. it's so painful and sad if Sofea alone seperti gelandangan di lorong2 gelap. And goosebumps too!!!!!
    Teme! You so genius!!!! Congratulations as a reader yang mengikuti perkembangan awak sejak awal hingga sekarang, you improve alot!! Saya suka dengan bait-bait susunan ayat awak.
    Teme, awak sebenarnya yang IQ 350 kannnn!!!! πŸ€©πŸ˜„
    Sometimes I think how come you can write those stories within your busy life as architect!! Tak tidur keee tak rehat keee... Allah, migraine if I think about it!!! Entah apa pulak cerita out of the box awak lepas ni! So excited and happy, tersenggeh2 lah diriku lepas ni!!! Hahahhah... Semoga awak sihat selalu. 🌹🌹

    BalasPadam
  21. Goosebumps sungguh! Teme mesti lebih kepada teori yang keempat. Siapa je boleh sangka ttg RICE, BREAD, NOODLE & DAIM tu kecuali Teme sendiri. Rasa kesian pula pada Sofea.. Trauma & tertekan sehingga terkesan mental health dia :')

    BalasPadam
  22. Harap2 Danny tu betul wujud.. I need more Bayang sofia🀣

    BalasPadam
  23. Teori saya, teori no 2 tapi saya mengharapkan teori no 1. TAPIIIIII SUKA BETUL TEORI NO 4!!! SANGAT WOW!!!

    BalasPadam
  24. Saya di teori ke 2&3 masa fikir semula pengakhiran cerita Bayang Sofea ni sebab saya rasa kisah Sofea ni ada kaitan dengan buku Selamat Tinggal Purnama.

    And teori ke-4 tu memang tak terfikir langsung but lepas habis baca ni.. rasanya boleh jadi juga Sofea begitu. Sebab tu munculnya akronim "IRONINYA SAYA IMPOSTOR SYNDROME". lepas tau tentang symptom syndrome ni saya boleh agak yang Sofea duduk dalam dunia dia sendiri.

    Apapun well done Teme. Memang mind blown baca kisah Bayang Sofea ni. You're so brilliant. ✨ Keep it up..

    Oh ya..ada typo kat atas tu.. awak tulis "virual reality".. sepatutnya virtual reality kan?

    BalasPadam
  25. Sy ni drpd tak overthinking kan segala kemungkinan terus berfikir balik😭😭 bagusnya diorng ni berfikir smpai mcmtu skli ye. Siap ada bukti ii yg mengukuhkan lagi.. mampu menggoyahkan keyakinan sy dgn endingnya yg asal. Huhu

    BalasPadam
  26. Alaa salah tulis akronim pulak..sorry T_T..

    Akronim dia lah yang tunjuk sifat Sofea tu --> Ironi sayalah impostor syndrome

    BalasPadam
  27. Maafkan sya Teme, sya tetap memilih yang Danny tu benar wujud2 walaupun teori semua tu berkait rapatπŸ˜‚

    BalasPadam
  28. Teori keempat tu saya paling takut.. dan tak mahu ia terjadi kepada Sofea. Teori ketiga boleh tahan lagi. Tapi saya pilih teori kedua sebab saya 'ingin' jalan ceritanya begitu. Sofea masih merindui keberadaan Danny di sisinya dan sebab itu, Danny menjadi 'bayang' yang mengikut Sofea.

    Masa mula-mula baca, saya tak perasan plot twist. Bila ada yang mula bincang pasal teori ni, barulah macam terfikir.. Anyway, terima kasih Teme sebab berjaya menghasilkan sebuah novel yang menarik sebegini. Teruskan berkarya and keep the real ending to yourself ya.

    BalasPadam
  29. WEHHH AHAHHAHAHAHHAHAHA Teori 4 tu cam logik gakk...... Kesian Sofea berhalusinasi satu novel 😭😭😭😭. Tapi saya memilih teori 2 sbb kesian gak kat sofea kalau semua ni halusinasi πŸ₯²πŸ₯²

    BalasPadam
  30. Masa baca haritu pon terfikir jugak bermacam-macam teori. Tapi setiap kali baca dan masuk part yang susah nak hadam, mesti tengok balik tajuk buku ni. "Bayang Sofea". Jadi tak pelik kalau nak kata Danny tu betul-betul tak wujud sebab semuanya hanyalah 'Bayang Sofea' semata-mata. Fuhh.
    Sanggup buka balik buku Bayang Sofea nak tengok part yang Teme letak dekat teori tu sebab rasa tak puas baca dekat sini. HAHAHA.

    BalasPadam
  31. Sya nk teori pertama, tpi teori keempat tu mcm lagi kena je dengan jaln cerita😫tpi xnk sofea macm tu🀲

    BalasPadam
  32. Dah agak... Rasanya yg terakhir paling kuat .. Tp sampai 4? Kena baca semula nampaknya...

    BalasPadam
  33. Ahahhaha lawak tau baca teori2 ni tapi x dinafikan..cumanya saya rasa teori 1 paling tepat sebab ada kaitan dengan STP. Lagipon dlm cerita STP ada sebut pasal Bread dan rantai di leher yg bercahaya tu. Btw saya betul2 baru habiskan BS ni, so mmg feel betul dpt baca artikel ni.Well πŸ‘ Teme!

    BalasPadam
  34. Ya Allah Teme..Tak boleh terima teori ke 4 tu walaupun itu lah logiknya bila fikir2 balik...Tak puas baca karya2 Teme sbb sentiasa mind-blowing..Semoga Teme diberi kesihatan untuk terus berkarya..

    BalasPadam
  35. Teori yg ke 4 is so unexpected but relatable. As someone with a very wild and vivid imagination..I can relate to that. It's kinda sad if that's the ending for Sofea. Drown in her own thoughts and mind with no way out..towards the end of the story I noticed that not much detail was written about danny.. I was really curious about the secret organisation.. if the ending is theory 4, then it make sense...maybe Sofea's mind got tired....all and all...well done Teme on another amazing piece of writing...TQ for letting our imagination run wild in filling in all the gaps and blanks in the story. Semoga Allah terus menjaga kamu dan menganugerahkan kamu ilham utk terus berkarya.

    BalasPadam
  36. Mula2 mmg ingat the first ending .Tapi bila baca 2-4 ending mmg jumpa semua tanda2 why xperasan,,🀦 I hope ada sambungan for Bayang Sofea 2 .Tak Kisah plot twist mcm mana . Anyway good job teme within 2 days I dah habis baca ml.Cant wait for your 16th book.

    BalasPadam
  37. Teme klu free boleh la lukiskan lorong fav sofea....mesti cantik kan

    BalasPadam
  38. Habis BS, kite berteori yg ke-3 tu .Tapi lepas baca semua teori mcm semua logik . Alahh... Kena fikir lagi ke nih. Apa2 pun , cerita mcm ni mmg best .

    Dia mcmnni tau, dlm tak puas hati tu...ada rasa syok sbb kena fikir lagi . Hahaha.
    Keep it up ! Nak tunggu next buku pulak . πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

    BalasPadam
  39. Teori ke5 sebab saya belum baca lagi.😏

    BalasPadam
  40. Pertama kali saya baca buku penulis ini ialah Bayang Sofea. Masya Allah, suka jalan ceritanya sehingga bila berada di penghujungnya, timbul kekeliruan... bagaimana Danny boleh sedar? Mengapa rupanya tidak berubah? ... rupa²nya penulis ada menimbulkan persoalan teori.. deabakk

    BalasPadam
  41. Saya pilih teori no 2..biarla Danny dah mati sekalipun..asalkan dia wujud..dari teori no.4 ( oh tidaakk temeπŸ₯΄)..org yg ada PTSD aje yg dpt rasa apa Sofea rasa..

    BalasPadam
  42. Sebagai student psych, saya pilih teori 4 sebab memang ada manusia di mana bila dia terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi (trauma, kemurunggan dan kekecewaan seperti yang sofea alami sejak dia muda remaja) sehingga tak mampu nak handle semuanya, jadi seseorang itu boleh wujudkan banyak watak melalui apa yang dilihat disekeliling dia (halusinasi). Jadi sangat logik di fikiran saya. Wow! Goosebumps bila baca. And last nak request, Teme lukiskan lorong yang Sofea selalu guna tu, sebelum dan selepas diubah suai oleh Danny. Please.....

    BalasPadam
  43. my brain is about to burst

    BalasPadam
  44. Knp lh dia ad bnyk teori pecah otak nk pilih teori yg mna satu

    BalasPadam
  45. Sy tk tau nk pilih teori yg mna satu

    BalasPadam
  46. Ahaaaa makin pening kepala ni! Petang tadi baru je habis final exam, malam ni dipeningkan dengan ending bayang sofea, tapi cukuplah saya terima ending yang pertama je hurm 🫠

    BalasPadam
  47. Ngam2 habis baca semalam masa birthday 11/7 ...termenung jgk la kejap bile dah habis baca hahaha πŸ₯ΉπŸ˜‚ mcm2 teori keluar dlm kepala lps tu.. jujur nya i did think teori 4 jgk and sekadar nak keruhkan lagi keadaan sampai sempat terfikir "entah2 sofea ni sendiri pon x wujud πŸ€­πŸ˜†" dah nama pon bayang sofea kan 🀣 tapi demi memberi ketenangan pada diri dan otak maka sy pilih teori ke-2 je la..aman sikit otak ku πŸ₯ΉπŸ€­ anyway it's a good book, good reading & worth time spending during my Birthday πŸ’š

    BalasPadam
  48. ok, dia camni. semua teori tu pernah aku terfikir n aku rasa 4 tu nampak paling kena dengan tajuk. but still, aku just harap bila baca ni dapat satu jela ending dia😭 sekali rasa macam fakehope pulakπŸ₯² dibagi teori sampai 4 pulak pastu suruh pilih pulak tuπŸ˜”πŸ˜­ memang tak tenang cerita dia huuu. btw, terima kasih teme sebab buat buku bayang sofea ni🌻 tak sangka daripada dulu nak baca buku² teme kena pinjam dari kawan, but sekarang dah ada duit lebih boleh beli buku teme sendiriπŸ₯Ί Keep it up teme!! ✨

    BalasPadam
  49. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  50. Ya allah..agak speechless but otak duk pikir more teori about Danny lepas habiskan Bayang Sofea. But after bacea semua teori tu....ok bye nk gi overthinking lagi hahahaahh. Apa pun Bayang Sofea memang buat otak saya bergerak dengan kadar maksima ye, the thrill make me nonstop to keep make me questions like 'like what if?' patu bila baca ayat seterusnya terus cam aaaaaa oh my god!!! Thank you so much Teme!!!

    BalasPadam
  51. Ya allah..agak speechless but otak duk pikir more teori about Danny lepas habiskan Bayang Sofea. But after bacea semua teori tu....ok bye nk gi overthinking lagi hahahaahh. Apa pun Bayang Sofea memang buat otak saya bergerak dengan kadar maksima ye, the thrill make me nonstop to keep make me questions like 'like what if?' patu bila baca ayat seterusnya terus cam aaaaaa oh my god!!! Thank you so much Teme!!!

    BalasPadam
  52. Thank you Teme for this article! I was also perplexed by the ending, but I like how you stated that the book is now 'ours', and we get to decide how it ends. Saya sukaaa sangatt2 buku niiii T-T❤️. I love everything about it, and the way you think about the story plot is mind-blowing to me🀯. Tapi sebenarnya, semua teori sangatlah valid sampai saya pun tak tahu saya nak ending dia macam mana sebenarnya HAHAHAHA ha ha... hmmmπŸ₯Ή. Anyways, Bayang Sofea is the second of your books I've read, and I thoroughly enjoyed it! I will certainly read more of your writings soon! (Bila saya dah ada duit sikit lah hahaπŸ₯²). I'm also looking forward to see more of your karya! All the best with your writing, Bil Tawfiq Insya-Allah, hehe. Take care, byeeeπŸ‘‹

    BalasPadam
  53. Tapi ada satu yang berlegar difikiran, di kapal terbang danny juga dikejar oleh bayang amalan ilmu hitam. Sama seperi sofea, dan dari cerita danny lah timbul bayang bayang sofea yang lain. Danny itu siapa sebenarnya? Kenapa Danny tidak dikejar seperti Sofea?

    BalasPadam
  54. Sedih betul laaaa teori ke-4 tu 😭😭 😭 saya ada terfikir juga semuanya imaginasi tapi takde la sampai tahap sofea sebenarnya gelandangan 😭

    BalasPadam
  55. I just think whatever the ending is, it sums up the reader mental state. Apapun buku ni macam contoh terbaik dalam isu kesedaran kesihatan minda. Sama ada minda reader ataupun minda Sofea.

    BalasPadam
  56. Brilliant Teme! Awak sebenarnya Raisya Sofea kan? IQ 350. Congrats Teme untuk buku yang menarik dan berjaya membawa pembaca meneroka dunia Sofea dalam Bayang Sofea (BS).

    Semasa membaca BS saya membayangkan Teori 2. Namun Teori 1 buat saya lebih tenang.

    Good job Teme! Sentiasa menghasilkan buku yang memberikan ruang untuk pembaca memikirkan pengakhiran yang tersendiri mengikut kreativiti dan imaginasi pembaca.

    Teruskan berkarya dan menghasilkan buku-buku yang menarik Teme.

    BalasPadam
  57. Tidak mahu fikir banyak, Saya tetap kukuh bersama teori 1. Mereka hiduo bahagia bersama anak anak. Cukuplah dipermainkan naik turun plotnya yang tidak terduga πŸ˜‚πŸ˜‚. Sofea bahagia dengan Danny hingga hujung nyawa ❤️

    BalasPadam
  58. Lepas habis baca buku, saya berpegang pada teori 2. Lepas habis baca entry ni, teori 3 pun masih relevan. Teori 4, dah jadi cerita lain. Ada beberapa perkara simply don't add up to it.

    BalasPadam
  59. Teori ke-4 mmg luar kotak. Tp sedihnya klu betul2. Atau mungkin ada teori yg ke-5????

    Apapun, tahniah teme sbb berjaya mmbawa pembaca feel the storyline. Semoga teme diberi kesihatan yg baik supaya dpt menghasilkan karya lukisan dan penulisan yg lbh banyak slps ini πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

    BalasPadam
  60. Dah agak akan dapat teori 3, tapi teori 4 pun tidak mustahil berlaku jika seseorang berada dlm keadaan kesihatan mental yg tidak sihat. Jalan cerita yg ringkas tapi pemahaman yg 'deep'. 🀯 Good job Teme! 🌹 Nak request lukisan lorong laluan Sofea sebelum dan selepas dicantikkkan 🀭

    BalasPadam
  61. Sebenarnya yang ada IQ melebih Einstein adalah teme bukan sofea😌..apa2 pun semua teori sangat menarik... Dan kalau teori ke 4 tu sangat kesian kat sofea sebab terpaksa hadapi trauma tanpa bantuan dan sehingga menyebabkan mental.. kesian sofea :'(

    BalasPadam
  62. My 1st teori adalah teori no.1 of course bila baca kisah khidupan kita nak no.1 sperti yg kbanyakn org impikan πŸ₯°. Then, i think teori no.3 bila tfikir about kisah Danny (ad psamaan dgn Sofea) & ksihatan Sofea tu dan kesian dkt Sofea about mental health dia.. But, theori no.4 from Teme so unexpected & mind blowing 🀯 yea.. TahniahπŸ‘ Teme hasilkan buku BS ni yg blh 'kita' sama² fikir apa diphujung cerita kisah Sofea dan kesudian Teme kongsikan teori² ni bsama "MVP". Semoga Allah permudahkan urusan Teme dan diberi ilham utk hasilkan karya² yg bermanfaat utk semua 🀲

    BalasPadam
  63. Masuk teori 3 terus hilang saya punya otak hurmm

    BalasPadam
  64. hmmm. belum baca. tp da ada spoiler

    BalasPadam
  65. Bila Teme umumkan tajuk buku baru "Bayang Sofea" memang dh dapat agak mesti berkaitan misteri dan masalah gangguan psikologis. Ada 4 teori yg diberikan, rasanya saya pilih teori 3 (kalau baca betul-betul sebenarnya dah diberikan beberapa petunjuk) dan saya berkemungkinan bersetuju dengan teori 4 walaupun agak tragis 😭 sebab kalau pernah baca karya-karya Teme sebelum ni ada kisah mengenai "orang gila" dan "gelandangan".

    Harap2 lepas ni Teme boleh buat lagi genre novel macam Bayang Sofea ♡ kalau ada sambungan pun seronok juga haha. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan ilham yang berterusan kepada Teme supaya dapat hasilkan lebih banyak lagi karya yang berkualiti. Nah munge 🌹!

    BalasPadam
  66. I agree untuk teori 4, sebab i think itu just imagine Sofea je, sebab Sofea merasa kesepian di tengah lorong gelap yg sunyi dan lembab, and then tanpa sedar dia imagine story about hidupnya di dalam mindanya sendiri, dia mengarang about Danny Soulmate dia, about Tirah Bestfriend dia, and about Anak anak dia, i think like that, sebab i read teori number 4 macam mengena di hati and terasa macam mana kesepiannya Sofea di lorong jalan tu, kesian Sofea. πŸ˜”
    Entah entah bukan nya Teme yg read Novel nih, tapi malah Sofea yg tulis (di tengah lorong yg gelap dan sunyi serta dibawah cahaya rembulan malam yg menerangi) , LOL. 🀣
    Gurau je, jangan marah Author. 🀭
    Di tunggu karya karya selanjutnya dari Teme, semoga awak sihat jeeeee, Good luck for you Teme. 🌻

    BalasPadam
  67. Bagi saya, semua teori sangat2 plausible (kudos to teme's great writing). Tapi memandangkan bayang sofea adalah permulaan kepada penggunaan teknologi kolar dan aplikasi bread dalam Selamat Tinggal Purnama, saya rasa teori 2 adalah yang paling logik. Sebabnya kalau teori 3 dan 4 betul, bermaksud semua yang berlaku dalam STP tidak pernah berlaku, dan tiadalah bustamin dalam STP sebagai presiden nusaraya.

    BalasPadam
  68. Dah cukuplah saya menghabiskan ayat terakhir BS dengan mix feelings. Ayat terakhir yang cukup menghantui. Sekali Teme boleh pulak timbulkan dengan pelbagai teori ini...arghh...
    Kalau boleh nak saja saya kekalkan dengan teori 1. Live happily ever after. Hehee...
    Teori 2 kurang singgah di minda. Sebab kalau boleh saya tak ingin Danny mati. Hahaa...
    Apapun, baca BS dah macam perasaan naik roller coaster. Jiwa kacau memikirkan what's next. Thanks Teme berjaya membuatkan minda saya hidup kembali setelah sekian lama meninggalkan genre kisah-kisah misteri dan thriller. Love this kinda book.

    BalasPadam
  69. Pengakhiran yang keempat tak terpikir dek akal..tpppp sy tetap pilih yang pertama..sy tak ske ending yg sedih.. walaupun kkdang sy rasa sebenarnya danny dan anak² tu tak wujud..sebab tajuk nye bayang sofeaπŸ˜†πŸ€£ btw moga terus sumses Teme! Jgn give up..sy yang give nak battle meet and greet tak lps²πŸ₯²πŸ˜­

    BalasPadam
  70. Saya memilih Teori 4 sebagai pengakhiran cerita Bayang Sofea. Betul2 unexpected & mind blowing ya. Teori 4 telah menimbulkan banyak spekulasi kpd sy sebabnya perjalanan sy ke tmpt kerja pun sy ada jumpa ramai gelandangan. out of nowhere sy tetiba mengaitkan teori 4 dengan mereka. sedih bila mengaitkan teori 4 dengan sofea. tp itulah realiti yg sy lihat hari2. cannot image how they saw us as corporate worker pakai baju kemas2 gi keje stiap hri. Msti mereka pun nak jdi mcm kita hidup ada rumah ada wang dan bukan dilorong-lorong gelap dgn keadaan sejuk tnpa alas tnpa selimut. Kadang2 nk juga tnya macam mana mereka boleh jadi gelandangan tpi sy thu itu soalan yg sgt sensitif utk ditnya. Sedihnya jika hidup sofea juga begitu tetapi sy sendiri yang nak pengakhiran teori 4. Bagi sy la, apa yg ada dlm teori 4 tu hampir sama dengan realiti. mmng ada yg kurang waras yg berada dilorong-lorong, selalu je dgr mereka berckp sorang2 sembang2 mcm ada rakan bersama walaupun diri ni takut nk lalu situ. nak tak nak kena lalu juga sebab itu je jalan ke stesen keretapi.

    btw thank you teme untuk sebuah karya yang hebat. Sy suka baca semua buku2 teme yang bergenre fiction. Semuanya buat sy sentiasa trfikir-fikir akan ending setiap cerita. Teruskan berkarya.

    BalasPadam
  71. ~Alhamdulillah dengan menghayati terlebih dahulu STP dapatlah kiranya mengesampingkan teori yg ke-4 itu...penuh yakin...

    BalasPadam
  72. Teme, I'll choose to ignore theory 3 & 4 sebab tanpa Bustamin and the technologies, Latiff and the gang daripada
    Selamat Tinggal Purnama takkan wujud πŸ˜†.

    Btw theory 2 tu sangat logik but also sad if true

    BalasPadam
  73. Hi Mr Teme, saya baru je kenal penulis siri² Jalanan. padahal sudah lama kan keluaran arkitek Jalanan itu..macam baru keluar gua..haha..Komen ni pun takde kaitan dengan novel bayang sofea..apa² pun terima kasih kepada penulis yg memberi inspirasi dan kata² semangat kepada mereka yg memerlukan motivasi .semoga terus menulis dan memberi kata² positif kepada pembaca. 🍁

    BalasPadam
  74. Saya baru ja start cuti sem and finally dah habis baca bayang sofea tadi 😭🫢🏻 mind blowing sangat, approve!! Worth the hype, sebab saya tak suka membaca tapi dapat habiskan bayang sofea within 4 days. Jadi terus saya baca teori pulak! Teori no 2 dan teori no 4 sangatlah make sense!!

    Tapi.... sebelum habis baca, saya terpikir something... Sebenarnya make sense juga kalau watak Danny tak wujud, sebabnya tiba tiba Danny pon lalui hal yang sama dengan Sofea which is organisasi misteri tu. Sebabnya, lepas ja Danny banyak ceritakan dan explain dekat Sofea pasal organisasi misteri tu, tetiba secara mendadak makin kerap dia diganggu oleh organisasi misteri tu sampaikan dia terikut dengan apa yang Danny 'lalui', so dia memperngaruhi, tetapiii... dalam kebanyakkan yang Danny cerita, dia cuba lawan organisasi misteri tu sebab dia yakin yang He is in a war and can win it, so what if... watak Danny ni sebenarnya wujud sebab Danny nak bantu Sofea untuk lawan halusinasi dia, lawan perkara perkara yang buat dia fikir sebegitu dan dia boleh berjaya, yakin tanpa mereka. Sebabtulah Danny wujud, sebagai gelas yang cuba melawan minda sofea yang negative. Maksudnya lebih kurang, otak Sofea sedang berperang untuk melawan penyakit penyakit dia dengan wujudkan satu lagi watak yang bantu dia lawan sampai la dia dah boleh control mereka tanpa makan ubat.πŸ€”

    Tapi sedihla kalau betul watak Danny tak wujud 😭☝️

    BalasPadam
  75. Saya baru ja start cuti sem and finally dah habis baca bayang sofea tadi 😭🫢🏻 mind blowing sangat, approve!! Worth the hype, sebab saya tak suka membaca tapi dapat habiskan bayang sofea within 4 days. Jadi terus saya baca teori pulak! Teori no 2 dan teori no 4 sangatlah make sense!!

    Tapi.... sebelum habis baca, saya terpikir something... Sebenarnya make sense juga kalau watak Danny tak wujud, sebabnya tiba tiba Danny pon lalui hal yang sama dengan Sofea which is organisasi misteri tu. Sebabnya, lepas ja Danny banyak ceritakan dan explain dekat Sofea pasal organisasi misteri tu, tetiba secara mendadak makin kerap dia diganggu oleh organisasi misteri tu sampaikan dia terikut dengan apa yang Danny 'lalui', so dia memperngaruhi, tetapiii... dalam kebanyakkan yang Danny cerita, dia cuba lawan organisasi misteri tu sebab dia yakin yang He is in a war and can win it, so what if... watak Danny ni sebenarnya wujud sebab Danny nak bantu Sofea untuk lawan halusinasi dia, lawan perkara perkara yang buat dia fikir sebegitu dan dia boleh berjaya, yakin tanpa mereka. Sebabtulah Danny wujud, sebagai gelas yang cuba melawan minda sofea yang negative. Maksudnya lebih kurang, otak Sofea sedang berperang untuk melawan penyakit penyakit dia dengan wujudkan satu lagi watak yang bantu dia lawan sampai la dia dah boleh control mereka tanpa makan ubat.πŸ€”

    Tapi sedihla kalau betul watak Danny tak wujud 😭☝️

    BalasPadam
  76. tak nak pilih mana mana la, semua macam sad ending untuk sofea πŸ˜”, saya nak yang original je, tapi teme buat saya fikir logik jugak semua teori tu....kenapa saya baca teori ni 😭😭😭

    BalasPadam
  77. Jujurnya saya tak pernah terfikir pon sume teori tuπŸ˜…. Sumenya logik saja tp mungkin sbb saya org yg simple jadi saya terima ja ending asal seadanyaπŸ˜‚

    BalasPadam
  78. I'm just speechless baca semua ni.

    BalasPadam
  79. kalau saya yang buat teori ni memang serabut dah kepala otak saya 😭😭 takpe lah , saya akan pilih teori 1 πŸ˜“

    BalasPadam
  80. Theory 5 : is not about bayang sofea but " bayang atau angan² teme yang dijelmakan sebagai sofea" hahaha apa2 pun good job teme! all your stories are just another level, somehow i think you should make one of your stories staged into a movie like harry potter. All of your stories are mind blowing,captivating and unforgettable! May allah ease ur way teme. Hope to meet you or your next book soon even from another world✨️

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on πŸ˜•. Jangan jemu untuk komen tau!