Kenapa Teme sorok muka? PART 2


Kenapa anonymous? 


Sebenarnya anonymous bukanlah satu frasa yang tepat untuk menggambarkan cara yang aku pilih ni. Lebih tepat untuk mengatakan Teme Abdullah menggunakan psuedonym.


Tetapi, nama Teme Abdullah tu bukanlah fictitious. Sebab memang orang-orang terdekat dengan aku panggil aku Teme pun. Ia memang nama samaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Cuma tak ada dalam IC je. Terlalu sinonim dengan panggilan 'Teme' oleh orang-orang yang terdekat dengan aku, sehinggakan aku tak terpaling kalau dipanggil dengan nama sebenar. 

Sejak awal aku mula blogging sekitar tahun 2008, aku dah putuskan untuk menulis dalam keadaan tidak dikenali identiti sebenar. Masa itu aku masih di bangku sekolah. Semangat tengah berkobar-kobar untuk menulis blog yang berunsur dakwah. Bila mulakan blog temerity pada tahun 2011, aku kekalkan pendirian tu. Alhamdulillah, masih lagi istiqamah sampai sekarang.

Kenapa sembunyikan identiti?


Ada faktor yang aku putuskan untuk menjadi rahsia aku dengan Allah je. Tak best pulak kalau nak cerita kepada semua orang. Kurang manis. Cuma, kalau kita sama-sama jumpa kat syurga nanti, insyaAllah we'll have all the time we need untuk saling ziarah-menziarahi dan bertukar cerita. Aku akan ceritakan semua. Dan aku memang tak sabar pun nak cerita kat korang. Terutamanya yang sudah lama mengikuti perkembangan aku. Moga-moga kita semua masuk syurga. Aminnnn.

Tetapi, aku boleh kongsikan satu perasaan yang sangat tidak ternilai akibat tindakan aku menyembunyikan identiti ni. Perasaan ini tidak boleh dibeli dengan jutaan ringgit pun. 

Satu hari pada tahun 2017. 


Aku masih ingat moment tu. Buku kedua aku baru diterbitkan dan pertama kali dijual di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017. Buku tu berjudul Arkitek Jalanan, sambungan kepada Pelukis Jalanan. 

Hari tu, satu perkara yang tidak pernah aku jangka telah berlaku. Aku diberitakan bahawa orang datang sampai beratur panjang nak dapatkan buku aku, sampai sold out selepas only a few hours pesta buku bermula, dan ada yang sanggup beratur untuk tunggu buku restock. Barisan yang beratur panjang sampai ke booth-booth lain. Para pembaca dah mula share gambar-gambar dan video suasana itu kat social media. Pihak publisher pun banyak share gambar dan updates dengan aku. Tetapi, ia tidak serupa dengan melihatnya dengan mata sendiri. Selagi tak tengok sendiri, selagi itu sebahagian daripada otak aku masih menganggap ia bukan realiti.

Jadi, aku decide untuk tengok sendiri. 

Sebenarnya aku memang dah lama plan nak senyap-senyap pegi pesta buku pada tahun 2017 tu. Panjang ceritanya. Kalau ada rezeki, one day aku akan share cerita macam mana aku pastikan aku ada jugak kat Malaysia & mampu pegi pesta buku senyap-senyap masa Arkitek Jalanan release. Maybe akan aku selit-selit dalam buku dalam Siri Jalanan yang seterusnya ke. We'll see. Untuk post ini, aku akan pendekkan cerita dulu ye? 

Berbalik kepada cerita tadi, walaupun followers sendiri banyak kongsikan gambar dan updates kat social media, aku masih in denial sebab tak tengok sendiri depan mata. Walhal dalam paper pun dah ada masa tu. Aku masih lagi, 'Takkan lah kot… Takkanlah sampai macam tu sekali…'


Jadi, ada satu hari masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017, aku pergi ke pesta buku senyap-senyap as pengunjung biasa. Tak ada meet & greet. Tak bagitahu sesiapa. 


Aku pakai baju yang warnanya tak mencolok mata, pastu pakai beg macam orang baru balik office. Seboleh-bolehnya aku nak buat orang tak suspicious. Cuma, aku pakai mask (masa tu jarang nak tengok orang pakai mask kat Malaysia) just in case aku cuai dan orang tiba-tiba boleh kenal aku Teme. Tapi aku taklah takut sangat pun. Siapa je pun nak kenal Teme melainkan pembaca-pembaca tegar karya aku. 


Sesampainya aku berhampiran dengan booth penjualan buku aku, aku nampak ada line beratur. Ramai jugak la. Aku pun mulalah perasan, ‘Wahh. Ni ke line beratur untuk buku aku?’ Pastu mulalah nak rasa sebak tak tentu pasal. Tapi aku masih boleh menidakkan. Sebab bukan buku aku je yang dijual di booth tu, ada buku-buku lain juga. Boleh jadi line panjang tu untuk buku lain. 

Aku pun pilih satu sudut yang tak ramai orang. Sedikit jauh dengan booth, tapi masih boleh nampak dengan jelas apa yang berlaku. Aku jaga jarak dalam masa yang sama mata aku zoom betul-betul nk tengok apa yang berlaku dalam booth. 

Aku perasan ada label ‘Arkitek Jalanan sold out’ kat rak buku. Tulisan yang tepat pada label tu aku dah lupa. Tapi intinya memberi info yang buku kedua aku sold out buat sementara waktu. Stock baru on the way. Pastu mulalah aku nak sebak lagi sekali. Dahla bukan hari pertama, tetapi masih sold out. Aku betul-betul rasa I don’t deserve the support. You may think I’m over reacting. Tapi aku memang tak sangka weh. Mesti ada hamba-hamba Allah yang soleh doakan aku sampai orang support penulisan aku macam ni sekali. Sebab jika pada diri aku sendiri, takda benda baik pun yang aku buat pada supporters aku yang setimpal dengan sokongan sebegini sekali. 

Seketika kemudian, ada lelaki datang menghampiri booth tu dengan troli berisi buku-buku. Ada bakul-bakul atas troli tu. Dalam bakul-bakul tu ada buku Arkitek Jalanan. Senang je nak cam. Dari jauh, buku tu nampak warna biru cair & putih-putih sikit. So, aku tahu lah lelaki tu tengah bawa stock baru untuk buku Arkitek Jalanan. 

Belum sempat buku itu disusun ke rak, manusia-manusia yang beratur tadi dah serbu. Ada yang sampai ambil 2-3 buku. Ada yang lebih dari tu. Jujur, masa ni, mata aku dah berair. 
Ya aku terharu, gembira, tak sangka, dan macam-macam lagi. Semua perasaan itu aku raikan dan hargai. Ia serba sedikit memberi semangat untuk aku terus menulis sehinggalah sekarang. Dah 8 buah buku dah pun berbanding hanya 2 buku masa tu. Tetapi, bukan itu perasaan yang aku nak ceritakan. Ada satu perasaan lagi yang aku ingin kongsikan. Perasaan yang berbentuk satu kesedaran. Maybe susah untuk aku fahamkan kalian, tapi aku cuba ya? 

Bayangkan… Aku ada di situ. Beberapa langkah sahaja dengan mereka-mereka yang berpusu-pusu untuk dapatkan karya aku. Mereka sanggup beratur sehingga berjam. Sampai berganti-ganti beratur dengan kawan-kawan. Bila buku sampai, masing-masing cepat-cepat capai takut tak sempat dapat lalu terpaksa menunggu stock seterusnya. Padahal, aku ada kat situ je. 

Ya, aku berada jauh pada jarak selamat dari tempat kejadian. Tetapi, kalaulah aku cuba dekati pun, orang tak akan sedar pun kehadiran aku. Malah, mungkin aku akan ditegur sebab potong line dan tak beratur. Faham tak perasaan aku? 

Urghhh… Susah nak explain perasaan ni. Okay aku cuba lagi. 

Ia satu perasaan yang muncul dari kesedaran yang bukan aku yang mereka cari. Tetapi karya aku. Segala ilham, semangat, nama, dan sambutan itu semua pinjaman dari Allah yang bukanlah milik aku. Aku hanyalah aku. Apa yang berlaku pada Teme Abdullah adalah semata-mata rezeki Allah yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja. 

Aku tahu Teme Abdullah ialah aku. Dan aku memang ada di situ melihatkan sendiri sambutan manusia. Tetapi situasi orang yang tak kenali aku tu wujudkan satu ilusi seolah-olah aku lihat dari perspektif orang ketiga akan apa yang terjadi kepada aku. Senang cerita, ia paling hampir dengan perasaan seolah-olah seorang yang sudah mati yang melihat dirinya yang ‘disambut’ dan ‘diraikan’ di dunia.

Perasaan itu mengembalikan aku semula kepada niat asal aku. Riak, bangga, sombong, semua tu nak kemana? Tak guna pun.

Saja aku letak sikit petikan dalam Impian Jalanan yang serba sedikit terkait dengan topik ni.

Itulah antara nikmat yang paling besar dengan menjadi tidak dikenali seperti ini. Aku ada satu ‘senjata’ untuk sentiasa ingatkan bahawa aku ini hanyalah hamba. 

Senjata itulah yang aku gunakan sehingga sekarang. Walaupun aku dititah untuk ke istana sekalipun, bila hati manusia aku yang lemah terlintas nak bongkak, aku akan ingat balik, ‘Teme Abdullah yang dititah menghadap ke istana,’ bukannya hamba Allah di sebaliknya. Selangkah keluar daripada kawasan istana, aku kembali menjadi orang di sebalik nama itu. Jadi, tak ada apa yang nak diriakkan pun pada diri aku ni. Aku, seperti semua orang lain juga, hanyalah hamba Allah. 

Sebab itulah aku kata yang perasaan ini tidak boleh ditukar dengan jutaan ringgit pun. 


Ya. Masa aku tulis nota tu, aku masih belum pandai bezakan anonymous & psuedonym. Hahaha.

95 ulasan:

  1. Amazing nya bacaaa, sumpah Tak jemu. Bila hilang semangat baca penulisan teme, alhamdulillah Ada semangat nak bangkit balik..

    BalasPadam
  2. Keep going Teme! Moga Teme sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah. Saya sentiasa support Teme dari jauh!

    BalasPadam
  3. Wish to meet you one day! InsyaAllah if ada rezeki. You inspired people with your own way <3

    BalasPadam
  4. Thanks Teme sebab sentiasa mengingatkan kami tentang apa yang kita miliki adalah pinjaman Allah.
    Semoga kita jumpa di syurga nanti.
    May ALLAH Bless you

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah. So inspiring. Thank you for sharing ☺️

    BalasPadam
  6. Hai teme, not to forget kad yg teme kasi dalam random books and also kad masa your birthday. Jujur la saya katakan, vibe Arkitek Jalanan sangat amazing. I was there bila mana team iman keluarkan buku teme tapi saya terlambat so buku tu terus habis. Time tu sangatlah sedih. Sampailah tiba2 ada sorang adik ni datang, kasi 2 buku Arkitek Jalanan. Saya harus pilih satu. And surprisingly, buku yang saya pilih, ada kad teme. I really happy. Terima kasih teme for such amazing book🥰

    No.95
    SNA

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum Teme..Thanks for sharing your ideas and works with us..Buku2 Teme banyak membuka perspektif baru dlm hidup saya..terutama Selamat Tinggal Purnama..semoga saudara terus istiqamah dlm bidang ini and keep humble🥰

    BalasPadam
  8. keep going and keep inspiring people temeeeee ����

    BalasPadam
  9. Biarlah... Psuedonym, anonymous, asalkan hasilnya diterima Tuhan. Teruskan begini Teme. Disayang manusia boleh menenangkan hati tapi disayang Allah menyelamatkan jiwa. Semangat Teme!

    BalasPadam
  10. Tulisan teme disini dan dalam buku, sama 'hidup'. Tak tipu tau. Saya rasa macam tu sebab tu semua buku teme saya beli, baca, highlight ayat2 yang boleh dikongsi semula dgn public. Keep on writing and sharing. Moga asbab penulisan teme melimpah ruah pahala dari Allah.

    BalasPadam
  11. Serious sebak + bergenang air mata baca entry ni. Teme Abdullah, your journey is amazing. Inspired!

    BalasPadam
  12. Tulisan teme disini dan dalam buku, sama 'hidup'. Tak tipu tau. Saya rasa macam tu sebab tu semua buku teme saya beli, baca, highlight ayat2 yang boleh dikongsi semula dgn public. Keep on writing and sharing. Moga asbab penulisan teme melimpah ruah pahala dari Allah.

    BalasPadam
  13. To be honest, I think you’re an amazing person. May Allāh bless you always Teme Abdullah!

    BalasPadam
  14. Suka dengan pendirian teme. Teruskan usaha, Teme, hasilkan buku-buku yang bermanfaat

    BalasPadam
  15. Thanks for sharing. Mmg bagi inspirasi betul. Keep writing.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum Teme,

    MashaAllah, thank you for sharing these wonderful moment you had with us.

    In the end, the amazing part is.. you are who you are even behind the name of Teme Abdullah. You are not anyone else behind this name. And that's beautiful.

    May Allah bless you always, and protect you wherever you are.
    Take care Teme.
    Be safe.


    Sekian, wassalam.

    BalasPadam
  17. Terima kasih untuk karya2 siri jalanan. Harap ada lagi siri jalanan seterusnya🥰

    BalasPadam
  18. بارك الله فيك , Teme. Keep inspiring people!!!!!

    BalasPadam
  19. Terpikir amalan apa yg teme buat smpai² smua mnusia syg & mndoakan kebaikan bt teme selalu .. sob³ .. Moga teme abdullah dalam lindungNya selalu ..ameen YRA

    BalasPadam
  20. Aaahhh terubat rindu nak baca cerita Teme...thank you Teme for your time to write for us...Salam dari kejauhan...

    BalasPadam
  21. Alhamdulillah keep ot up teme! You'll always be our favourite artist through all the time

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah keep it up teme!

    BalasPadam
  23. Semoga teme berjaya dunia dan akhirat😊😊😊

    BalasPadam
  24. Hebat bakat yang dikurnia Tuhan untuk Tuan.. Moga terus memberi manfaat untuk orang yang tak cerdik untuk menulis dengan baik.. Tapi masih boleh membeli dan membaca dengan lancar.. :-)

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum teme, terima kasih sebab dah keluarkan buku-buku yang bagi kesedaran, motivasi dan kata-kata positif kepada pembaca. Sejujurnya karya teme sangat lah menarik dan buatkan saya berfikir lebih kedepan. Semoga teme diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan terus bagi inspirasi kepada anak-anak muda. Stay safe��

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum teme, terima kasih sebab dah keluarkan buku-buku yang bagi kesedaran, motivasi dan kata-kata positif kepada pembaca. Sejujurnya karya teme sangat lah menarik dan buatkan saya berfikir lebih kedepan. Semoga teme diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan terus bagi inspirasi kepada anak-anak muda. Stay safe😊

    BalasPadam
  27. Hai Teme, thanks for writing about this. I'm from Indonesia and loving your books. I hope I can get your paperback version asap when I can visit Malaysia again. Keep up your hard work ^^

    BalasPadam
  28. Thank you Teme selalu bagi semangat dan mengingatkan kita utk muhasabah diri.. Semoga anak2 muda di dunia ni berjiwa seperti Teme.. Sedikit sebanyak sntiasa bagi inspirasi pada yg lain.. In Shaa Allah ❤️ Good luck Teme.. Moga sentiasa berjaya dan selalu dalam Rahmat dan Redha Allah �� doakan saya juga ☺️

    BalasPadam
  29. Thanks Teme for always reminding us to stay humble and being such a great inspiration to us.

    BalasPadam
  30. 'Ter' bergenang tanpa sengaja baca artikel ni 🥺 Thank you Teme ! Thank you sangat sangat sebab keluarkan karya2 yang sangat bagus lagi amazingg❤

    BalasPadam
  31. Such a great man you're! Will be here through your ups and downs. Love yaa!

    BalasPadam
  32. Tanpa Nama8/8/20 3:21 PTG

    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Wah bestnya klaulah sya ads dkt situ sya nmpk orng yg pkai mask pkai topi mesti sya terus akn ingat tu Teme why not right and terus akan ambik gambar hritu Teme ada bls comment sya dkt Instagram lepastu sya tunjuk dkt kakak sya dia jealous 🤭 padahal dia kenal Teme dulu bru sya kenal but anyway just keep going in your dreams I'm gonna pray to everyone to always become healthy and got what they dreams so I just hope Teme have a good day klau tringin nk jumpa Teme hope one day😌🌟

    BalasPadam
  34. Wah bestnya klaulah sya ads dkt situ sya nmpk orng yg pkai mask pkai topi mesti sya terus akn ingat tu Teme why not right and terus akan ambik gambar hritu Teme ada bls comment sya dkt Instagram lepastu sya tunjuk dkt kakak sya dia jealous 🤭 padahal dia kenal Teme dulu bru sya kenal but anyway just keep going in your dreams I'm gonna pray to everyone to always become healthy and got what they dreams so I just hope Teme have a good day klau tringin nk jumpa Teme hope one day😌🌟

    BalasPadam
  35. Tersenyum sendiri baca tulisan Teme kali ini. Alhamdulillah.. Betullah org kata, karya yg baik2 akan dihargai walaupun tak mengenali si penulis.. Dengan izin Allah, semoga Teme terus berjaya dlm mencurahkan inspirasi melalui buku2 dan tulisan2 di blog.. Selamat maju jaya buat Teme... Semoga berada dlm lindungan kasih Allah sentiasa walau di mana Teme berada.. Doakan saya juga semoga berjaya dlm apa yg dihajatkan.. Selamat maju jaya buat TemeAbdullah...

    BalasPadam
  36. Thank you Teme tulis buku yg banyak bagi semangat untuk belajar muhasabah diri..pernah baca tapi Tak pernah tahu siapa orang sebenarnya..bila kawan bagi tahu ig teme barulah tahu yg orangnya misteri 😅😅

    BalasPadam
  37. Thank you for being an inspiration to all of us😊

    BalasPadam
  38. Rasa sebak pulak baca part 2 ni. Semoga Allah sentiasa mudahkan perjalanan hidup Teme dan Teme sentiasa berada dalam jagaan Allah.

    BalasPadam
  39. Berhajat nak jadi mcm teme. Kaya dan berjaya dlm bidang yang saya buat tanpa perlu terlalu expose kan diri..

    BalasPadam
  40. Berhajat nak jadi mcm teme. Kaya dan berjaya dlm bidang yang saya buat tanpa perlu terlalu expose kan diri..

    BalasPadam
  41. Alhamdulillah sgt2 terkesan everytime baca penulisan Teme. Thanks a lot. May Allah bless you.

    BalasPadam
  42. Hi Teme! Would you mind to suggest me a fictitious name, please? For the sake of my works and intentions, insyaaAllah. Thanks in advance! :)

    BalasPadam
  43. Bestnyeeeeee baca. Thank yooou teme. You always my inspiration. Kita sentisa support teme. ❤️

    BalasPadam
  44. Subhanallah. Barakallahu feek. Nak jadi jiran Teme kat syurga nanti sebab nak kepochi semua pasal buku² yg Teme tulis . Tak pernah hilang lagi rasa tak sabar tunggu your next book. Your identity is number 2. Your writings,talents & your attitude is what i am always looking forward to know and acknowledge. Stay healthy and safe Teme! 😊

    BalasPadam
  45. Aku harap aku dapat jumpa teme walau dlm mimpi..

    BalasPadam
  46. As usual inspirational Teme.

    BalasPadam
  47. TERIMA KASIH, TEME! -I'm crying..

    Entah la, sebak rasa but happy at the same time. Kehadiran Teme ni membawa banyak inspirasi yang kadang tak terungkap kata.

    Kasih-kasih yang tak terhingga untuk Teme terima!

    Assalamualaikum, :)

    BalasPadam
  48. Saya baca buku teme and menangis part teme makan nasi, telur dadar and renjisan air garam setiap hari masa teme belajar dulu. Alhamdulillah sekarang dah berjaya. Semoga terus berjaya teme. Terima kasih sebab tulis buku yang tak pernah bosan saya baca even baca berulang kali, malahan makin bersemangat untuk terus berusaha jadi yang lebih baik. Terima kasih ❤

    BalasPadam
  49. Nota umur 19 tahun Teme tu dah lama jd DP WhatsApp aku. Sbb.. Setiap kali bukak WhatsApp aku boleh muhasabah diri kejap.. Bukan ape selalu jgk lupa diri kadang-kadang.
    Thanks tau Teme.

    BalasPadam
  50. Ayat2 Teme bila baca terdiam jap pastu baca balik pastu fikir jap...keep inspiring people Teme!!! Pray for us to meet in Jannah insyaAllah❤️

    BalasPadam
  51. Ayat2 Teme bila baca terdiam jap pastu baca balik pastu fikir jap...keep inspiring people Teme!!! Pray for us to meet in Jannah insyaAllah❤️

    BalasPadam
  52. Allahuakhbar..hnya satu ugkapan yg mampu ku gambarkan teme abdullah..smoga impian dn istiqamahnya mndpt keredhaan dan warahmah dari Allah SWT..Amin

    BalasPadam
  53. Your words your vibes keep inspiring people including me. Keep it up Teme . May Allah grant you jannah 💖

    BalasPadam
  54. pesta buku 2017 saya tak dapat pergi tapi ketahui lah hati saya menangis sedih...tp sy x putus asa utk dpt kn buku kedua Teme, bila saya dpt tau buku tu dah masuk kedai buku saya terus grab buku tu...arkitek jalanan adalah satu" nya buku yg saya beli di kedai buku dan ada cop Best seller...selebihnya saya beli di pesta buku...gembira dapat miliki semua buku Teme kerana sedikit sebanyak isi dari buku Teme memberi saya inspirasi dalam kehidupan saya. Izinkan saya untuk ucapkan TERIMA KASIH TEME KERANA HASILKAN BUKU SIRI JALANAN SITI EMPAYAR DAN SELAMAT TINGGAL PURNAMA✨

    BalasPadam
  55. idk why. tapi sebaknya baca tulisan teme ni. dapat rasa ikhlas dari hati heme. keep going teme. i wish u all the best n di permudahkan rezeki. 💕

    BalasPadam
  56. This is calling 'rasa hamba' in Tasawwuf. Tq Teme membantu menyebarkan rasa itu pada segenap hati. Being a famous behind the name to calling people KEEP ALLAH IN THEIR HEART. Hanya KITA & DIA sahaja nanti di sana.

    BalasPadam
  57. Teruskan stiap perbuatan dgn niat yg baik, In shaa Allah akn dipermudahkan. Good Luck Teme Abdullah.

    BalasPadam
  58. Thank you Teme! May Allah guide you🌿

    BalasPadam
  59. This is great...with all the positive vibes ..i really love the way you so humble with every single fans and supporter..i just know you from my friend..they want me to read your book...and started from that. its become my new addictions till now....its awesome

    BalasPadam
  60. idola la bang teme ni.. penah jugak bercita-cita nak jadi penulis, tapi tak istiqamah..haha tak mampu! memang salute la kt sapa yang mampu hasilkan karya yang hebat mcm ni... tahniah!

    BalasPadam
  61. Dunia hari ini menyebabkan ramai yang nak menjadikan diri mereka dikenali. Terbukti, bila Teme melawan arus tetap saja hasil karya Teme ditunggu-tunggu oleh para pengikut setia. Dah lama tinggalkan hobi membaca. Rasanya, saya kena mula balik membaca buku. 😅 I'm going to get my first collection of your book.

    BalasPadam
  62. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  63. Umi belikan buku pelukis jalanan dekat PBKL 2017 untuk saya sebab time tu baru habis SPM dan taktau nak sambung ape lepas tu. Balik rumah terus baca habis dalam sehari, lepas tu rase motivated sangat lepas baca cabaran orang lain lagi banyak ujian, Allahu. Pastu, umi mintak tolong kawan dia yang pergi pesta buku pada hari lainnya untuk belikan arkitek jalanan pulak. Umi menyesal betul takbeli dua buku tu sekaligus hahaha. Adik beradik semua suka buku teme tu. Sekarang, dah ada semua buku² teme dan sedang menunggu karya² yang seterusnya. Terimakasih, Alhamdulillah 😊

    BalasPadam
  64. Start baca buku Teme lepas habis SPM, lepas baca terus rasa motivated 👍👍
    GOOD JOB TEME!!

    BalasPadam
  65. Hi teme! Keep on inspired people tau!! I was there ,the same day masa teme update kat story dulu hari teme pegi senyap2 tu 😂 gigih jugak tunggu dulu dri lepas zohor sampai pukul 5 alhamdulillah disebabkan buku arkitek jalanan, sampai sekarang follow teme :)

    BalasPadam
  66. thank you for hardwork. keep on writing. kami semua sukakan karya Teme. terima kasih Teme Abdullah ❤️

    BalasPadam
  67. Teruskan berkarya dengan penulisan dan lukisan yg beri inspirasi kepada kami

    BalasPadam
  68. Tak tahu kenapa,kite pulak yg mixed feelings baca ni.. Gembira, seronok,sebak pon ade.. Your karya is truly above and beyond. Love all of them. You've done a great job Teme. Setiap sesuatu yg Teme nak sampaikan mesti ada sesuatu nilai yg bole dipelajari..thank you for inspiring me and others. To be honest, I've learned so much new things from all your karya.. And now i try to apply in my daily life.. Tak pernah bosan baca karya Teme.. Semoga selalu dalam Rahmat Allah, diberi kesihatan dan kehidupan yg baik dunia dan akhirat..Amiin YRA.😊😊
    .
    Actually dh tulis ni 8/8 haritu, peacee 😅✌️

    BalasPadam
  69. hi teme :) i love your books so much. thank you for all the inspirational words you gave us through those books. feel inspired to work hard to achieve my goals as well. May Allah grant His blessings to you and your family.

    BalasPadam
  70. yeay !! teme keep doing what you love

    BalasPadam
  71. Assalam teme! Srs talk when i was reading ur books ataupun blog, sometimes it got me bck to reality. What im supposed to be at this cruel dunya�� sedih sngat bila sdar diri ni yg sbnr, and i was inspired by you����❤ thanks a lot teme. i am waiting 4 your next book and keep safe wherever you are! I hope you notice this and jazakallahu khairan❤����

    BalasPadam
  72. Beli koleksi jalanan, baru baca dua buku awal...tak sangka boleh ketawa n nangis bila baca buku ni, the only thing jealous pasal cerita teme, die ade ahmad

    BalasPadam
  73. Alhamdulillah. Syukur terbaca post Teme. Sesikit sebanyak telah menyedarkan aku. Betapa Teme bersungguh-sungguh untuk tepis perasaan riak dan kembali ikhlas kerana Allah. Ini salah satu usaha yang sangat baik. Moga usaha Teme diredhai Allah.sangat terinspirasi.

    BalasPadam
  74. Alhamdulillah. Syukur terbaca post Teme. Sesikit sebanyak telah menyedarkan aku. Betapa Teme bersungguh-sungguh untuk tepis perasaan riak dan kembali ikhlas kerana Allah. Ini salah satu usaha yang sangat baik. Moga usaha Teme diredhai Allah.sangat terinspirasi

    BalasPadam
  75. Terima kasih teme sbb jadi inspirasi buat kami. Semoga teme sentiasa dalam rahmat dan redho Allah. Amin ya mujib!

    BalasPadam
  76. Terima kasih teme sbb jadi inspirasi buat kami. Semoga teme sentiasa dalam rahmat dan redho Allah. Amin ya mujib!

    BalasPadam
  77. Masa 2017..saya bru darjah 6..saya start minat dri sekolah rendah..tpi yelah kan..budak sekolah rendah mak2 mesti tak bgi punya beli buku mcm tu...saya pun xde fon pun lgi masa tu..cuma intai2 kakak punya ig��.pastu bile saya naik sekolah menengah..sekolah saya ade buat trip pergi pbakl..saya teruja la..saya antara org terawal daftar tanpa berfikir panjang..yg saya fikir saya nk jumpe teme!!saya nk cari die!!..tpi bile smpai xde pun meet and greet..hmm mungkin bkn rezeki saya..tpi xpe insyallah allah dgr doa saya..saya dah ade semua buku2 teme...cuma hmm saya xdpt nk beli yg special addition sbb saya ni student sekolah duduk asrama pulak tu..hmmm payah nk beli..tpi pkp kali ni..saya dh siap sedia utk beli buku teme yg ke 9 hehe saya mintak tolong kakak saya sebab saya xde online bankin..saya dh pasang semua noti dri iman publication,dri itsteme dri temeabdullah..semua saya dh pasang...doakan saya ye semua utk dptkan buku ke 9 special eddition tau

    BalasPadam
  78. 2017..masa tu saya masih darjah 6 struggle utk upsr..saya dh minat teme lama dh la kan hehehe...hmm tpi dulu saya nk beli buku teme susah sgt yelah saya dulu budak lgi mak saya bkn bgi beli buku buku yg bkn belajar..saya cuma mampu tgok aje..klu nk pi pbakl memang lambatttttt lagi..lagi pun saya duduk di pahang memang mak saya tak bagila nk pi sana semata mata nk pi beli buku..tpi masa saya naik sekolah menengah..sekolah saya ade buat trip pi pbakl masa tu 2018 saya form 2 masa tu..saya antara org terawal daftar nama..saya daftar tanpa fikir pjg tanpa fikir ade duit ke tak..janji saya dpt pergi...kenapa saya beria sgt nk pbakl?..sebb saya dh tanam dlm hati once saya pi pbakl saya akn cari teme!!saya nk amik gambar byk2..itu doa saya tiap2 hari sebelum bergerak ke pbakl...tpi bile sampai duit saya kena curi..dah dot beli satu je buku teme iaitu pelukis jalanan..tpi xpe sekurang nye saya dpt jugak buku hasil dri teme..lepas saya siap beli tu...saya terus bergegas cari setiap tingkat dn tempat kecuali surau lelaki dan toilet😅..tapi saya allah xbagi lagi saya jumpe teme..maybe ade hikmah disebalik tu kot..kita taktau plan allah mcm mana kan..lepas saya dh penat cari tu..saya ckp kt diri saya...xpe norreen ade rezeki nnti mesti allah akn tunjuk dekat kau teme abdullah yg kau minat dri sekolah rendah dulu..menitis jugakla air mata ni..tpi cepat2 tahan..malula member2 ade kt sebelah..hehe..tapi thn ni..utk buku yg ke 9 saya nekad utk beli antara org terawal..saya dh siap pasang noti dekat iman publication,dekat itsteme dan temeabdullah..saya dh suruh kakak saya allert jugak..yelahkan saya ni masih student mana ade online bankin..klu lambat memang menangis la saya..memang thn ni memang saya nak jugak walau ape pun..saya payah nk dpt brg2 limited addition dri teme sebab saya student yg duduk asrama xboleh bawak fon...so saya byk ketinggalan pasal teme..saya xpernah dpt pun planner2 teme sbb saya duduk asrama.tapi takpe korang doakan ye saya dpt beli buku yg ke 9 ni...saya harap2 sangat impian saya tercapai utk jumpe dgn teme even sekali pandang pun..impian tu adalah impian saya yg ketiga dlm hidup..first saya nk jdi arkitek,second saya nk jaga ibu ayah saya dan third saya akn sedaya upaya pergi ke pelusuk2 utk cari teme abdullah...doakan saya ye..assalamualaikum😁

    BalasPadam
  79. Always love your karya Teme. Saya sentiasa percaya setiap karya tu ada pengisian yang setiap orang terjemahkan dengan cara tersendiri. Yang memberi manfaat kepada pembaca. I should envy you because you did and still doing works yang pahala sentiasa mengalir. Apepun I enjoy and will always enjoy reading your books. Thumbs up ����

    BalasPadam
  80. I miss your writing and that's crazy. Have a nice day and may Allah bless for whatever you do,sir! You've gone too far.

    Find the meaning of success and you'll find, you're one of it. Well done, pretty boy.

    BalasPadam
  81. Disebabkan nampak post ni, aku decide nak cerita macam mana aku start baca buku kau bro. Ok, macam orang lain jugak.. aku kenal kau sebab lukisan kau. Nampak orang share kat ig, or rt twt kau.. aku pon join like sebab serius lawa. So dia macam setakat itu jelah. Tak follow social media kau. Until one day, which is this year around june 2022 tak silap aku, aku tiba2 rasa nak start baca buku balik. Sebab aku rasa macam tepu gila. Tak tahu nak buat apa. Aku dah tak enjoy tengok netflix, tengok youtube. (Orang kata ni istilah over entertained. Semua benda dia buat, terasa bosan) So aku bacalah novel2, nak kasi ada mood baca buku which is until now aku still baca novel, its fun! Tiba2 entah macam mana kan, ada sorang kawan aku ni dia cerita, dia pergi pbakl beli buku empayar. Hah masa ni aku macam curious. 'Asal orang hype mamat ni ek? Orang beli buku dia sebab dia terkenal dengan lukisan dia ke? Sebab dia 'teme' ke?' Lepas tu kawan aku tu dia ceritalah gedebak gedebuk pasal buku empayar. And suprisingly, i found it interesting. 'Eh menarik jugak eh buku mamat ni, oklah aku try baca.'

    Sebab aku ni jenis suka kenal 'karya seseorang' tu dari awal so kawan aku ni dia pinjamkan buku pelukis jalanan and arkitek jalanan' and the rest of the books.. aku beli sendiri🥳 Finally i can say, im in this rabbithole karya teme for life🤣 what i can say is.. tak kenal maka tak cinta. If u want to know something, kau cuba selidik or ambik tahu sendiri sebab review orang ni tak semua boleh percaya

    So far aku baru baca sampai ktdd. Dalam jalanan series aku paling suka arkitek jalanan. Cerita dia comel and banyak isi. Tapi dia win sebab cover page buku tu. Cantik! Lepas tu aku baca selamat tinggal purnama. Dang~ the plottwist and the mesages yang kau cuba sampaikan. Sedihㅠ And last one, ktdd. Wah~ bro! Mad shoutout to u! So far this is my favourite series from your writings. Aku suka! Sangat! Ini kalau duduk minum kopi dengan kau ni, benda pertama yang aku nak tanya kau is 'macam mana kau dapat idea nak buat jalan cerita ktdd?' Eh aku tak lupa ye, Empayar aku tak baca lagi. Tak sabar nak baca series tu! Nanti2 aku baca sebab ada banyak buku tak terbaca lagi😅 tak sabar nak rate buku mana yang akan jadi my all time fav✌️ keep it up bro, keep on doing what u love✊️ Serious aku terinspirasi dengan kau. Manusia ni kene 'push' diri dia, sebab tanpa sedar ada banyak kredibiliti yang kita ada.. tapi kita je tak perasan lagi and kita kena keluar dari zon selesa then barulah nampak the new side of us.

    Eh apa kena mengena komen aku ni dengan post ni? Memang takde pon😆 tapi sebabkan kau jadi psuedonym ni lah buatkan orang baca buku kau without prejudice.

    P/s: i already bought your tplanner 2023🥳Tbh, aku bukanlah seseorang yang pakai planner2 ni. Kalau ada appointment apa2, aku just type in my phone. Even, planner BTS pon aku buat jeruk letak dalam almari je😅 gunanya tak. But for this tplanner2023 aku beli for the sake of your lukisan. Aku suka lukisan kau! So this is the only way i can get your limited edition arts💕 semoga tplanner 2022 ni sold out fuh fuh! Kesian member kene gelakkan dengan tplanner lain🤣

    Sekian dari peminat kau 'yang lambat naik train',
    Sunshine


    BalasPadam
  82. Assalamualaikum Teme,
    Hw r u?

    Firstly, thanks for being inspirational.
    I can be considered as one of your new follower. Just read ur Jalanan series. The 1st 3.. why only 3? Coz there are only these books been available in e-PNM app… 😅
    Somehow, u’ve inspired me to start writing. Its in my to do wishlist. Unfortunately, i’ve put it in cold storage all this while. Finally i hv a courage to take it out, to see the daylight.
    So, the next question come into my mind. How to start? 🤔
    Knowing myself, i usually won’t be able to start from scratch. This is the reason am sending u this msg. Am going to use your Jalanan series as a guideline in my writing. Would like to adapt your writing style.. (is this called as ‘ciplak’?? Well i dont know… 🥴)
    Having said that, would like to ask for your permission ya… keberkatan is important for me.

    Thanks for reading my msg. (If u happen to read this msg)

    And thanks again.

    BalasPadam
  83. bila suatu jiwa dalam jasad itu benar² hidup.. ia mampu memberikan nyawa dan menyuburkan semula semua yg hampir mati. Hi Teme Abdullah.. Alhamdulillah.. Tahniah.

    BalasPadam
  84. Your words give me courage to change towards better. Letak dunia pada tangan, dan bukannya hati. Saya akan ingat.

    BalasPadam
  85. Kita meRASA kita memiliki ...tapi hakikatNya ...kita tidak memiliki apapun...qiam dalam rahsiaNya..

    BalasPadam
  86. Assalamualaikum En Teme...

    Thank you for the inspiration!!!

    Bukan senang untuk kita tetap tunduk ke bumi, but you did😊.Keep up the good work and May Allah grant all your wishes. Semoga suatu hari nanti saya juga dan pembaca karya En. dapat menjadi orang yang hebat dan bermanfaat untuk masyarakat . Amin.

    Fighting 💪

    BalasPadam

Hai. It's me, Teme. I'm sorry if you have to go through word verification before posting comment(s). I received tonnes of spam comments lately. I had to turn the word verification on 😕. Jangan jemu untuk komen tau!