Teori Pengakhiran Bayang Sofea


Pertamanya, terima kasih kerana sudi menghabiskan cerita Bayang Sofea dan memberi rating! Makin bersemangat saya nak terus menulis! Sebenarnya masih banyak yang saya perlu belajar untuk hasilkan penulisan yang betul-betul bagus. Tetapi kalian bermurah hati memberikan rating yang sangat tinggi! Terima kasih 🥹

Kini lebih kurang sebulan selepas hari terakhir Meet & Greet 2024. Dan Bayang Sofea masih lagi menjadi rebutan. Alhamdulillah. Bukan itu saja, buku-buku saya yang lain pun naik semula jualannya. Sampai saya rasa serbasalah dan takut pula dengan jualan kali ni hahahaha. Tapi tak tahu nak takutkan apa. Moga-moga, Allah jauhkan kita semua dari hal-hal yang buruk. Semua ini nikmat yang juga ujian buat saya. Insya-Allah, saya akan gunakan ia sebaiknya.

Semua ini takkan berlaku tanpa kalian, segolongan manusia yang percaya pada karya saya dan mempromosikannya pada orang lain juga sehingga jumlah kawan-kawan pembaca kita sudah seramai sekarang! Kalianlah the real MVP (Most Valuable Player)!

Walaupun banyak kali kehabisan stock, kini pembelian novel Bayang Sofea sudah dibuka semula (click here)! Ini pula link untuk kesemua 14 buku saya (click here).


Terus kepada topik berkenaan pengakhiran cerita Bayang Sofea.

Peringatan: Artikel ini mengandungi bocoran awal (spoiler) yang sangat-sangat berat. Jadi, jika anda merancang untuk membaca Bayang Sofea tanpa gambaran pengakhirannya, anda boleh bookmark, repost/retweet, share, atau biarkan artikel ini terbuka dalam tab dulu sebelum habis membaca Bayang Sofea. Kemudian, datang ke sini semula untuk kita sama-sama sambung 'berbincang'. Okay? Jika nak dapatkan dulu novel Bayang Sofea, klik sini.

Di Sebalik Kapal Terakhir Di Dunia

Amaran spoiler: Artikel ini punyai spoiler tau? Jika anda belum membaca Kapal Terakhir Di Dunia, bercadang untuk membaca, dan tidak sukakan spoiler, jangan baca artikel ini dulu.

                                                                                                                      




Tahukah kalian, bumi bukan bulat?

 

Sebelum kalian menyangka aku sebagai penyokong teori bumi rata, di sini aku keluarkan satu fakta. Bumi tidak sepenuhnya berbentuk sfera. Ia oblate spheroid. Hampir sebuah sfera, tetapi bukan sfera sempurna.

Sneak Peek: Kapal Terakhir Di Dunia





Sinopsis

Bokor, nama kapal besi yang dicipta oleh manusia sebagai persediaan menghadapi bencana hujan tahi bintang yang bakal menghentam bumi. Bencana yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi dan isinya. Tsunami yang terhasil telah menenggelamkan bandar-bandar utama. Debu-debu ledakan tahi bintang memenuhi atmosfera sehingga menutup cahaya dan haba matahari daripada tembus. Suhu bumi turun mendadak. Virus-virus baru muncul dan bermutasi. Menjadikan bumi bukan lagi sebuah planet yang ideal sebagai habitat. Hanya hidupan yang kuat pertahanannya sahaja yang masih tidak pupus.

Tiada T Planner 2021


Edisi pertama T Planner pada tahun 2019 terhad kepada 11,111 cetakan. Edisi kedua T Planner pada tahun 2020 pula terhad kepada 22,222 cetakan. Alhamdulillah, kedua-duanya sold out sebelum habis seminggu tarikh pre-order. Terima kasih sangat-sangat sebab menyokong seniman tempatan yang masih hijau macam saya.

Seperti yang kalian boleh agak berdasarkan rekod di atas, edisi ketiga untuk tahun 2021 ini pastilah terhad kepada 33,333 pula bukan? Jawapannya, ya. Begitulah pada perancangan asalnya. Maka bolehlah kita berkongsi karya dengan lebih ramai lagi manusia. Lagi ramailah boleh jadi geng kita!

Tapi. Ada sesuatu berlaku. COVID-19.

Kenapa Teme sorok muka? PART 2


Kenapa anonymous? 


Sebenarnya anonymous bukanlah satu frasa yang tepat untuk menggambarkan cara yang aku pilih ni. Lebih tepat untuk mengatakan Teme Abdullah menggunakan psuedonym.


Tetapi, nama Teme Abdullah tu bukanlah fictitious. Sebab memang orang-orang terdekat dengan aku panggil aku Teme pun. Ia memang nama samaran aku sejak di bangku sekolah lagi. Cuma tak ada dalam IC je. Terlalu sinonim dengan panggilan 'Teme' oleh orang-orang yang terdekat dengan aku, sehinggakan aku tak terpaling kalau dipanggil dengan nama sebenar. 

Sejak awal aku mula blogging sekitar tahun 2008, aku dah putuskan untuk menulis dalam keadaan tidak dikenali identiti sebenar. Masa itu aku masih di bangku sekolah. Semangat tengah berkobar-kobar untuk menulis blog yang berunsur dakwah. Bila mulakan blog temerity pada tahun 2011, aku kekalkan pendirian tu. Alhamdulillah, masih lagi istiqamah sampai sekarang.

Kenapa sembunyikan identiti?